Siakap Keli
Gambar: Jabatan Perkhidmatan Awam

“Terima Kasih Malaysia,” Pelajar Dari Sungai Petani Harumkan Nama Negara Terima Anugerah Tertinggi

Sudah menjadi lumrah bagi setiap pelajar untuk memperolehi pencapaian terbaik dalam akademik. Pencapaian yang baik dalam akademik sememangnya akan dapat membanggakan diri sendiri, keluarga dan komuniti. Namun, bagi memperolehi sesuatu kejayaan, perlulah disertakan bersama usaha yang berterusan.

Begitulah yang dilakukan oleh salah seorang pelajar Malaysia yang dianugerahkan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Muhammad Saiful Hakimi, 24, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi graduan yang cemerlang.

Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan pelajar Malaysia pertama menerima Anugerah Engineering Honor Marshal, College of Earth and Mineral Sciences, Pennsylvania State University, USA.

Gambar: Jabatan Perkhidmatan Awam

Saiful Hakimi memulakan pengajiannya bermula pada Ogos 2015 sehingga Julai tahun ini dan menamatkan pengajiannya dengan keputusan penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0. Pelajar cemerlang ini juga dikatakan mempunyai kemahiran kepimpinan yang sangat baik. Ini membuktikan beliau dapat mengimbangi akademik dan kemahiran-kemahiran sampingan yang berguna untuk dirinya.

Gambar: Jabatan Perkhidmatan Awam

Turut hadir bersama meraikan pencapaian tersebut adalah ibu bapa beliau yang sangat berbangga dengan pencapaian anak mereka itu.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa