Siakap Keli

“Benda Boleh Sailang Member Punya..,” Lelaki Ini Luah Rasa Bengang, Teman Wanita Dirampas Sahabat Baik Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam meniti kehidupan seharian, pastinya anda akan bertemu dengan pelbagai ragam mahupun kerenah masyarakat. Dari situlah anda mengenal erti persahabatan. Mungkin anda mempunyai ramai kenalan semasa di sekolah ataupun universiti namun ia sekadar kawan yang kita kongsi ‘perjuangan’ mahupun hobi namun sahabat lebih dari itu.

Sahabat adalah individu yang kita boleh berkongsi segalanya. Tiada satu pun rahsia yang kita teragak-agak untuk bercerita kepadanya. Mereka ibarat separuh dari diri kita, mereka mengetahui semua tentang diri ini, sentiasa ada di waktu susah senang, tawa mahupun ketika berduka.

Walaupun kadangkala mempunyai perbezaan dari segi pendapat ataupun minat tetapi merekalah insan yang muncul ketika kita memerlukan. Malah ketika bersama, kita akan rasa selesa. Namun setelah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka, pastinya hancur hati apabila mengetahui bahawa ia telah dikhianati.

“Perkara yang paling sedih adalah apabila kita bukan dikhianati musuh, tetapi orang yang paling rapat dengan kita (sahabat)”

Gambar : Fik Malik

Satu ciapan telah tular di laman twitter baru-baru ini tentang luahan seorang pemuda. Ciapan yang mendapat lebih 12,169 ulang kicau dan 7,266 tanda suka itu nyata menyedarkan warga media sosial tentang hakikat persahabatan. Tidak semua orang yang kita anggap sahabat akan berlaku jujur dengan seperti yang disangka. Mereka juga manusia, tak sempurna, kadangkala terleka dan alpa.

Menurut Fik, beliau begitu mempercayakan sahabat baiknya itu sehingga sanggup meminta beliau untuk memujuk teman wanitanya. Dengan harapan bahawa sahabatnya itu dapat menjernihkan keadaan namun lain pula yang terjadi.

Gambar : Fik Malik

Pada mulanya, si sahabat yang cuba menawarkan diri untuk membantu. Jadi Fik percaya dan membenarkan beliau untuk berhubung dengan gadis tersebut.

Gambar : Fik Malik

Bila Allah nak tunjuk, maka walau macam mana disorok pun tetap akan terbongkar. Fik ternampak IG story yang terpapar tindakan pasangan itu di sebuah pusat beli belah. Apabila ditanya, mereka berdua mengaku salah namun masih mahu kaitkan kesalahan tersebut kepada sikap Fik.

Gambar : Fik Malik

Tapi Fik tidak menafikannnya dan menyatakan bahawa ketika beliau cuba memujuk, gadis tersebut telah menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati lain. Tetapi tidak sangka pula bahawa pilihan hatinya itu sahabatnya sendiri. Sahabat yang kononya cuba pulihkan keadaan.

Gambar : Fik Malik

Buang yang keruh ambil yang jernih, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Di Akhir Thread tersebut, Fik menyampaikan pesanan kepada ‘sahabatnya’ itu dna mendoakan yang terbaik.

Sumber : Fik MalikĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.