Siakap Keli
Gambar: Ahmad Safiuddin

“Entah Berapa Kali Ainul Dibius Sejak Lahir,” Tak Pernah Terfikir Nak Bawa Ainul Ke UK, Ayah Minta Doa Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sangat prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku khusunya di dalam negara. Seperti keadaan yang ditimpa oleh adik Ainul Mardhiah, ramai pihak yang cuba menghulurkan bantuan. Tambahan lagi, kesudian Dr Amalina dan pasukannya untuk merawat bayi tersebut di United Kingdom menyemarakkan lagi bantuan rakyat Malaysia terhadap bayi ini.

Terkesan dengan bantuan yang diberikan, bapa Ainul Mardhiah berasa begitu terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia.

Menurut Ahmad Safiuddin, dia dan isterinya tidak pernah melancarkan sebarang tabung, namun masyarakat sendiri yang mengusahakannya.

Kami ibu bapa ainul mardhiah tidak pernah melancarkan sebarang tabung. Tetapi masyarakat sendiri dengan inisiatif mereka, mahu buat tabung/kutipan untuk anak kami. Sebab itu, kami sangat terhutang budi dengan tuan/puan yang prihatin ini

Menurutnya menerusi halaman Facebook, mereka tidak pernah terfikir untuk membawa Ainul sehingga ke UK. Ini kerana kemampuan mereka yang terbatas untuk melakukan perkara tersebut.

Entah sudah berapa kali ainul di bius sejak dia lahir.

Alhamdulillah, selesai untuk hari ini.

Safiudin juga menasihati orang ramai agar tidak salah faham atau menyalahkan mana-mana pihak yang berusaha membawa Ainul ke luar negara.  Berikutan itu, rata-rata rakyat Malaysia mendoakan agar rawatan dan urusan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan.

Gambar: Ahmad Safiuddin

Selain itu, ada juga yang menyatakan rezekinya berlimpah-ruah setelah turut membantu Ainul Mardhiah.

Gambar: Ahmad Safiuddin

Sumber: Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa