Siakap Keli

Terkini: Lelaki Bertopeng Ceroboh Masjid Di London, Lepaskan Tembakan Kepada Jemaah Semasa Solat Terawih

Sebuah masjid di London kini berada dalam kawalan ketat pihak polis setelah seorang lelaki menceroboh ke dalam masjid dan melepaskan satu tembakan.

Insiden berkenaan berlaku ketika solat terawih malam tadi di Masjid Seven Kings yang terletak di High Road, Ilford.

Menurut laporan media tempatan, suspek pada mulanya dikesan oleh jemaah memasuki masjid dengan menutup mukanya.

Pemeriksaan mendapati suspek membawa senjata api dan berjaya dihalau oleh jemaah yang berada di dalam masjid berkenaan.

Ketika dibawa keluar, suspek bertindak melepaskan satu tembakan dan berjaya melarikan diri.

Tiada kecederaan dilaporkan. Polis kini sedang giat dalam usaha memberkas suspek.

Siasatan awal polis turut mendapati bahawa pistol yang digunakan suspek adalah peluru kosong.

Langkah berjaga-jaga diambil apabila semua anggota dikerahkan bersiap-sedia berjaga di masjid berkenaan sepanjang malam bagi mengelakkan kejadian tak diingini.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial yang berada di tempat kejadian berkata, suspek menutup mukanya ketika memasuki masjid dan menimbulkan keraguan ramai.

”Berhati-hati, kejadian tembakan berlaku oleh seorang lelaki memakai topeng yang memasuki masjid ketika solat terawih.

”Alhamdulillah, mujurlah tiada sesiapa yang mengalami keceederaan. Tetapi satu tembakan telah dilepaskan dan lelaki itu berjaya melarikan diri,” tulis pengguna media sosial.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.