Siakap Keli

Lesen Kereta David Beckham Digantung Kerana Memandu Sambil Guna Telefon Bimbit

Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham, 44 tahun diharamkan daripada memandu selama 6 bulan selepas didapati bersalah menggunakan telefon bimbitnya ketika beliau memandu.

Atas kesalahan yang dilakukan itu, Beckham yang dikenakan enam mata denda di atas lesennya, didenda £750 (RM4048), dan diperintahkan membayar £100 (RM538) kos pendakwaan dan yuran tambahan sebanyak £75 (RM404) yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Bromley di selatan London,

Menurut Hakim Wilayah Catherine Moore, beliau sebelum ini sudah mengumpul enam mata penalti berhubung kesalahan memecut. Ini bererti Beckham sudah dikenakan 12 mata yang menyebabkan penggantungan lesen.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu hadir di mahkamah. Memakai sut kelabu gelap dan tali leher, dia bercakap untuk memberikan nama penuhnya, tarikh lahir dan alamatnya. Peguam bela Gerrard Tyrrell berkata bahawa Beckham memandu dalam keadaan perlahan pada ketika itu tetapi Beckham tidak mengingati hari kejadian itu.

“Tidak ada alasan atas apa yang dilakukan olehnya. Oleh sebab dia tidak mengingati apa yang dia lakukan, dia perlu mengaku bersalah dan itu yang patut dilakukan olehnya” Hakim Catherine Moore berkata.

Sumber: Metro.co

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia