Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Artis Boleh Bayar Ribu-Ribu,” Lelaki Luah Rasa Kesal Orang Pertikai Bayaran Imam Tarawih Sampai RM3 Ribu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Kemahiran inilah yang menjadikan seseorang itu berbeza pilihan kerjaya dengan orang lain. Ada yang menjadi guru, doktor, polis mahupun tukang masak. Setiap ‘laluan’ ini mempunyai tekanan masing-masing, tiada pekerjaan yang mudah.

Tapi tidak dinafikan ramai di kalangan masyarakat yang suka membandingkan pekerjaannya dengan orang lain walaupun pada hakikatnya setiap profesion itu mempunyai cabaran cuma caranya berbeza.

Gambar : Flickr

Pemilihan kerjaya sebagai seorang Imam bukanlah seenteng yang di sangka. Walaupun profesion ini belum dilihat sebagai pekerjaan profesional, tetapi tanggungjawab menjadi seorang sebenarnya lebih dari mengimamkan solat. Masih ramai yang tidak tahu bahawa tugas mereka melangkaui pelbagai aspek termasuk perkara yang berkaitan dengan hal ehwal masjid dan surau.

Satu ciapan di laman twitter telah tular baru-baru ini mengenai bayaran yang dibayar kepada Imam terawih dan ianya nyata telah berjaya mengubah pandangan skeptikal masyarakat berkaitan isu ini.

Ciapan yang ditulis oleh Zul Ikhwan mendapat lebih dari 12,300 ulang kicau dan 8,400 tanda suka telah membuka mata dan hati netizen terhadap para hafiz Quran yang berkhidmat menjaga dan menyampaikan Kalamullah.

Gambar : Zul Ikhwan

Zul mengujarkan pertayaan itu sekali lagi seakan-akan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang hakikat ini yang masih ramai belum mengerti. Beliau mengatakan bahawa seorang imam perlu membuat persedian yang cukup, mempunyai keyakinan serta bacaan lancar dan bukannya dipilih secara rawak.

Hanya mereka yang betul-betul layak sahaja akan mengisi posisi mulia itu.

Gambar : Zul Ikhwan

Cuba bayangkan keadaan ketika menunaikan solat terawih, tidak kira lapan mahupun dua puluh rakaat. Pasti akan terasa lenguh dibahagian kaki. Kalau kita pun boleh terasa penat, inikan pula mereka (Imam), mereka juga manusia biasa sama seperti kita.

Kita sebagai jemaah hanya perlu mengikut ‘perbuatan’ dan bacaan imam, tetapi Imam perlu mempersiapkan diri dengan menghafal Al-Quran terlebih dahulu. Bukan semua mampu untuk menghafal Qalam Allah itu.

Gambar : Zul Ikwan

Zul menambah, sebenarnya harga bayaran sememangnya tidak ditetapkan. Tetapi jika mahu menggunakan khidmat mereka, biarlah bayaran atau saguhati yang diberikan itu berbaloi.

Gambar : Zul Ikhwan

Di dalam ciapan tersebut, Zul turut memberikan analogi kepada masyarat supaya mereka lebih peka berkaitan isu ini. Menjadi seorang Imam bukanlah tugas yang mudah. Ia merupakan profesion yang murni, jadi kita sebagai masyarakat perlu menghargai mereka sebaik-baiknya.

Gambar : Zul Ikhwan

Di akhir ciapan berkenaan, Zul menyatakan bahawa bayaran ‘gaji’ untuk seorang Imam ada yang menjangkau sehingga RM 30,000 dan ia setanding dengan pengalaman dan kepakaran mereka. Bukan mudah untuk ‘membukukan’ 30 juzuk di dada, oleh itu wang tiada nilai jika dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh seorang Imam.

Gambar : Zul Ikhwan

Ciapan yang dikarang oleh Zul Ikwan itu ternyata menjadi satu batu loncatan kepada masyarakat. Ramai netizen yang cakna telah memberi komen dan persetujuan mengenai isu ini. Antaranya adalah seorang pensyarah UiTM, Azizul Azli Ahmad yang memuat naik hantaran di Facebooknya malam tadi. Menurut Azizul :

Gaji Seorang Imam Tahfiz

1. Ketua imam bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as Sudais lahir pada tahun 1960 di Riyadh .

2. Beliau menjadi hafiz ketika usia 12 tahun lagi dan mendapat Ph.D dari Al-Qura University pada tahun 1995 dalam bidang Sharia.

Atas kehebatan dan kemulian ini, Beliau memiliki kedudukan yang sama taraf dengan seorang menteri

3. Atas sumbangan besarnya, kerajaan Arab Saudi tidak menetapkan berapa gaji yang layak diterimanya.

Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz mengimamkan solat (Gambar : Youtube)

Setiap bulan Al-Saudais hanya menerima cek kosong dan terpulang kepadanya untuk mengisi jumlah SR yang dia perlukan.

4. Bayaran Imam terawih hafiz sekitar RM2,500-RM3,000 sangatlah rendah sebenarnya jika dibandingkan dengan ILMU dan MASA mereka habiskan untuk menjadi hafiz.

5. Tahukah kita bahawa bayaran artis untuk menyanyi 3 buah lagu dalam masa sejam persembahan adalah sekitar RM8,000 hingga cecah RM40,000.

Gambar : Hyper Viral Malaysia

Malah ada artis yang minta bayaran RM120,000 untuk program amal Palestin satu ketika dulu. Saya terkesima mendengar bayaran yang diminta waktu itu. Kami tak jemput dia akhirnya.

6. Bila kita sendiri menghina para agamawan kita, siapa lagi yang perlu mengangkat dan menyanjungi mereka.

Mereka ini tidak ternilai sebenarnya, didada mereka membawa kitab kita yang mulia.

Sumber : Elhumawy Azizul Azli Ahmad

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.