Siakap Keli

“Jangan Tinggal Solat,” Dakwa ‘Didatangi’ Arwah Abang Malam Ramadhan, Ini Pesanan Yang Ditinggalkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada satu makhluk pun yang akan terlepas dari janji Allah ini. Cuma masa, tempat dan bagaimana satu kematian itu berlaku masih menjadi rahsia-Nya. Sehebat manapun pangkat dan darjat seseorang itu, jika sampai masanya untuk pergi, maka mereka tidak dapat menangguhkannya walau sesaat.

Pasti agak berat untuk menerima hakikat ‘kehilangan’ salah seorang ahli keluarga mahupun orang yang disayangi, terumatanya kehilangan itu abadi yang tidak akan pernah kembali. Lebih-lebih lagi apabila mereka ‘pergi’ secara mengejut tanpa sebarang pesan. Tapi sebagai manusia, kita perlu teruskan kehidupan sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Gambar : Her Inspiration

Fariz Rahim telah berkongsi di laman twitternya tentang mimpi bertemu dengan arwah abangnya. Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka ‘didatangi’ oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Hasil tulisan Fariz nyata telah membuat netizen tersentuh sambil mengimbau pemergian orang yang mereka sayangi.

Menurut Fariz :

Gambar : Fariz Rahim

Fariz menyatakan sewaktu beliau bertemu dalam dengan abangnya itu, beliau di minta untuk mencium tangan abangnya. Ketika itulah beliau tercium satu bau, bau yang mengingatkan kita sebagai manusia tentang hakikat kematian.

Gambar : Fariz Rahim

Menurut Fariz, wajah abangnya itu masih sama seperti dahulu (semasa hidup).

Gambar : Fariz Rahim

Abangnya itu menjelaskan kepada Faiz bahawa ketika dalam perjalanan berjumpa dengannya, beliau terpaksa mengharungi pelbagai ‘rintangan’ yang tak terbayang oleh mata zahir manusia.

Gambar : Fariz Rahim

Tidak terhenti di situ, abangnya turut menitipkan pesan supaya Fariz melaksanakan segala suruhan Allah. Hal ini oleh kerana setiap amalan akan dihisab oleh Allah di ‘sana’ nanti terutamanya kewajiban menunaikan solat fardu. Abangnya mengingati dirinya supaya jangan sesekali meninggalkan rukun Islam kedua itu.

Gambar : Fariz Rahim

Malah abangnya mengatakan bahawa di alam itu, manusia tidak berdaya melakukan apa-apa larangan Allah hatta menipu sekali pun.

Gambar : Fariz Rahim

Di akhir ciapan Fariz, beliau berharap bahawa pesanan yang diberi oleh ‘abangnya’ itu dapat menyedarkan dan memberi pendedahan kepada ramai orang supaya melaksanakan kewajiban kepada Allah SWT.

Gambar : Fariz Rahim

Mufti Wilayah Pesekutuan pernah menjelaskan tentang perkara ini. Menurutnya, Sayyid Qutb berkata: Apabila mereka bertanya Rasulullah SAW mengenai ruh, maka Allah memerintahnya supaya memberi jawapan kepada mereka bahawa ruh itu adalah urusan Allah. Hanya ilmu Allah sahaja yang mengetahuinya dan tiada sesiapa pun yang mengetahui selain Allah. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 10/261)

Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah al-Isra’: 85)

Gambar : IHT

Firman Allah SWT :

Maksudnya: Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya;

Kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). (Surah al-Zumar: 42)

Ayat di atas juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa roh orang yang mati tidak akan kembali, bahkan Allah ﷻ yang berkuasa menahannya dari kembali ke dunia.

Ini sepertimana riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabi’en dan juga anak murid kepada Ibn ‘Abbas R.Anhuma) yang mana mengatakan bahawa telah dikumpulkan di antara roh-roh orang yang hidup dan yang telah mati (di dalam mimpi) kemudian Allah  menahan roh orang yang telah mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula.

Ianya juga adalah pendapat Ibn Zaid Rahimahullah. (Lihat Tafsir al-Tabari, 21/298-299).

Rujukan

[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018). Dicapai dari Adakah Roh Orang Mati Boleh Pulang pada 12 Mei 2019.

Sumber : Fariz Rahim 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.