Siakap Keli
Gambar: LongRoom.com

Nahas Lion Air: Syarikat Boeing Bakal Berdepan Dengan Saman Sebanyak 1 Billion

Jumlah wang yang bakal dituntut oleh keluarga mangsa nahas pesawat 737 Max bakal ditentukan oleh satu faktor.

Tindakan saman undang-undang yang boleh dikenakan boleh mencecah sebanyak USD$ 1 bilion malahan ianya boleh melonjak naik lagi sekiranya bukti yang dapat menunjukkan syarikat Boeing tersebut tahu tentang masalah teknikal yang berlaku kepada pesawat tersebut sebelum pesawart itu melakukan penerbangan dapat dibuktikan.

Dua buah pesawat Boeing 737 Max yang telah terhempas itu memberikan satu tamparan yang hebat ke atas syarikat tersebut apabila kesemua penumpang pesawat tersebut maut.

Pesawat Lion Air dari Jakarta, Indonesia yang berlepas dari lapangan terbang Depati Amir itu telah terhempas ke dalam laut 12 minit selepas ianya berlepas  dan telah mengorbankan nyawa seramai 189 orang pada Oktober 2018.

Dan Pada Bulan Mac pula, pesawat Ethiopia yang berlepas dari lapangan terbang Addis Ababa Bole ke Nairobi, Kenya pula dilaporkan terhempas selepas enam minit pesawat itu berlepas. Nahas itu telah meragut nyawa seramai 157 orang.

Nahas pesawat Ethiopia tersebut telah memberi tamparan yang hebat  kepada dunia selepas seluruh syarikat penerbangan di dunia berkeputusan untuk menggantung penggunaan pesawat 737 Max itu.

Walaupun punca-punca sebenar nahas tersebut masih disiasat, namun dipercayai bahawa bukti-bukti awal yang ada menunjukkan kesalahan lebih berat memihak kepada syarikat tersebut.

Laporan yang diterima mendapati bahawa kedua-dua juruterbang mengalami masalah yang sama selepas beberapa minit sahaja pesawat yang dikendalikan mereka itu berlepas dari landasan.

Ahli keluarga Samya Stumo, 24, seorang penganalisis kesihatan yang terbunuh dalam nahas pesawat Ethiopia itu telah bertindak memfailkan saman ke atas syarikat pengeluar pesawat tersebut yang bertapak di Chicago.

Tuntutan saman itu dibuat atas dakwaan kecuaian, kegagalan dalam memberi amaran serta konspirasi sivil.

30 ahli keluarga mangsa yang lain juga kini turut mengambil langkah undang-undang terhadap syarikat tersebut.

Syarikat Boeing tersebut telah mengaks bahawa mereka tahu akan masalah teknikal ‘cockpit safety alert’ yang membabitkan pesawat 737 Max mereka itu setahun sebelum kedua-dua pesawat tersebut terhempas.

Ciri khas tersebut direka untuk memberi amaran kepada juruterbang apabila sensor utama mungkin memberikan maklumat yang tidak betul tentang muncung pesawat.

Kegagalan sensor tersebut dikesan terjadi melalui penerbangan pesawat di Indonesia itu.

Namun, ianya masih belum dapat dijelaskan lagi tentang sama ada lampu kecemasan tersebut dapat mengelakkan nahas tersebut atau pun tidak.

Pendedahan Boeing ke atas pesawatnya itu telah menimbulkan persoalan yang baru mengenai ketelusan syarikatnya itu dengan pegawai penyelia dan pelanggan syarikat penerbangan.

Seorang wakil dari Suruhanjaya Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) menyatakan bahawa agensinya itu telah dimaklumkan dengan masalah lampu amaran yang tidak berfungsi pada November, selepas pesawat Lion Air 737 Max yang terhempas 29 Oktober lalu.

Beliau berkata bahawa pakar FAA telah mengesahkan bahawa penunjuk kokpit telah menunjukkan risiko yang rendah.

‘Walau bagaimanapun, komunikasi yang diterima tepat pada masanya atau sebelumnya dengan (syarikat penerbangan) dapat membantu mengurangkan atau mengelakkan kekeliruan,’ ujar jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Dianggarkan sebanyqak 400 pesawat Max telah digantung pernggunaannya di seluruh dunia pada pertengahan bulan Mac berikutan dengan terhempasnya pesawat Ethiopia itu.

Difahamkan, beberapa defendan telah menawarkan wang pampasan kepada keluarga mangsa supaya mereka tidak membuat dakwaan ke atas syarikat pesawat tersebut.

Menurut peguam plaintif, Brian Kabateck, beberapa ahli keluarga mangsa di Indonesia telah ditawarkan wang sebanyak lebih 1 bilion rupiah dari syarikat Lion Air.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right