Siakap Keli

Ayah Tak Sedar Anak Main Mancis Dalam Kereta, Budak Dua Tahun Nahas Rentung, Keracunan Karbon Monoksida

Seorang anak kecil terkorban dalam tragedi kebakaran menyedihkan selepas bermain dengan kotak mancis milik bapanya.

Kanak-kanak baru berusia dua tahun itu telah dibiarkan bermain di halaman rumah sendirian sebelum memanjat masuk ke dalam sebuah kereta yang diletakkan di perkarangan rumah.

Difahamkan kanak-kanak itu menemui kotak mancis di dalam sarung tangan dan bermain dengannya sebelum api mula membakar dan merebak ke seluruh kereta.

Bapanya sempat mengintai ke luar laman dan terkejut sebaik mendapati anak dan keretanya sedang dijilat api.

Jiran-jiran sekeliling mendengar teriakan bapa mangsa meminta bantuan namun semuanya sudah terlambat.

Walau bagaimanapun, bapa itu tidak berputus asa dan tetap bergegas membawa anaknya ke hospital, malangnya pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa mati akibat melecur dan keracunan karbon monoksida.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra