Siakap Keli

Tip Rawatan Kecederaan Untuk Sukan Badminton

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan termasuklah sukan badminton. Kecederaan dalam sukan badminton adalah pelbagai. Kecederaan ini terdiri daripada kecederaan ringan dan kecederaan berat. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan. Penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan adalah:

1 Pertembungan di antara satu sama lain

2 Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan

3 Jatuh

4 Aktiviti latihan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton:

1. Kekejangan otot

Rawatan:

  1. Memanjangkan otot-otot yang kejang.
  2. Tangan- luruskan jari-jari dengan cermat.
  3. Jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur 1/4 sudu garam dalam satu gelas air.
  4. Kekejangan otot ini memerlukan rawatan segera kerana boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain.
Halodoc

2. Sengal-sengal otot

Rawatan:

  1. Melakukan aktiviti pada kadar yang rendah.
  2. Cuba tingkatkan intensiti aktiviti secara berperingkat
Physiomobile

3. Luka

Rawatan:

  1. Menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri tertentu untuk beberapa minit.
  2. Mengangkat ke atas bahagian yang luka untuk membantu mengurangkan pendarahan.
  3. Membasuh bahagian yang luka.
  4. Menyapu losen antiseptik.
  5. Kepingan plaster boleh digunakan dengan mudah. Bagi kecederaan yang besar, perlu guna ‘kain kasa penyerap’ mengikut saiz yang sesuai.
Republika

4. Lebam

Rawatan:

  1. Melindungi kawasan kecederaan dengan ‘pad’ pada siku dan lutut.

5. Terseliuh

Rawatan:

  1. Letak beg ais pada sendi yang cedera
  2. Tinggikan bahagian yang cedera
  3. Anduh pada bahagian yang cedera
  4. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
Kampus Uols

Sumber: Kampus Uols

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"