Siakap Keli

(Video) Boleh Ke Anak Merajuk Dengan Mak? Jawapan ‘Padu’ Ustazah Ini Pasti Buat Air Mata Anda Menitis

Mama, Mak, Ibu, Ummi, tak kiralah apa yang kita panggil, mereka adalah insan yang istimewa dalam hidup seseorang bergelar anak. Insan inilah yang mengandungkan kita selama sembilan bulan, melahirkan kita, sering mendoakan kita dan dialah insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.

Akan tetapi, ada masanya kita sebagai anak berasa sedikit tersinggung atau kurang bersetuju dengan keputusan atau perlakuan ibu kita. Kadang kala, kita berasa ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita.

Keadaan itu menyebabkan kita berasa perlu untuk memberontak atau merajuk bagi menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Namun, apakah hukumnya seorang anak merajuk dengan insan semulia ibu ini?

Untuk mengetahui jawapannya, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen oleh sumber, Instagram irine_nadia.

p/s: Sediakan tisu siap-siap, air mata jantan pun boleh gugur tau.

Menurut ustazah, seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.

Beliau juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.

Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.

Mendengar penjelasan daripada ustazah berkenaan, kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.

Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.

Sumber: IG irine_nadia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi