Siakap Keli

Ada Apa Dengan Gelombang ‘Wow Cool Post, Thanks For Sharing’ Yang Membanjiri Facebook

Sejak kebelakangan ini, adakah anda sedar hampir kesemua ruangan komen portal berita popular di facebook dibanjiri dengan ayat ‘Wow cool post, thanks for sharing.’ Hasil tinjauan menerusi laman sosial Siakap Keli sendiri juga mendapati hampir kebanyakan posting dipenuhi dengan ayat ini, oleh anda semua pembaca setia kami.

Tujuan pengguna laman sosial meninggalkan komen sedemikan dipercayai bagi mendapatkan gelaran ‘top fan’ dan ‘Top Fan’ sedia ada juga dapat mengekalkan gelaran mereka.

Gelaran ‘Top Fan’ yang diberikan oleh facebook ini hanya khas kepada pengguna yang aktif dalam memberi komen dan reaksi seperti tekan butang ‘Like’ serta berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain.

Namun, ‘Top Fan’ ini tidak diberikan oleh pengendali sesebuah laman iaitu admin page sebaliknya ‘dianugerahkan’ oleh Facebook sendiri. Berapa ramai ‘Top Fan’ Siakap Keli? Jangan lupa terus aktif di page kami kerana gelaran ‘Top Fan’ hanya untuk kita-kita aje tau.

”Wow cool post, thanks for sharing”

Hilang selera nak komen

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.