Siakap Keli

ADHD, Sindrom Yang Biasa Dialami Kanak-Kanak, Tetapi Orang Dewasa Juga Boleh Menjadi Mangsa

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Menurut Barkley (1990), ADHD merupakan salah satu kecelaruan pemikiran yang paling umum di kalangan kanak-kanak.

Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Walaupun gangguan ini secara seriusnya terjadi di kalangan kanak-kanak, 30-70% dari kanak-kanak ini akan terus mengalami gejala ADHD sehingga mereka tumbuh dewasa. Ada juga di kalangan orang dewasa sendiri tidak sedar mereka mempunyai gejala ADHD.

3 Kumpulan ADHD

Dominan Hiperaktif-impulsif: Mereka memiliki masalah hiperaktiviti dan perilaku impulsif

Dominan inatentif: Mereka memiliki gejala sukar menumpukan perhatian

Kombinasi hiperaktif-impulsif & inatentif: Mempunyai gejala hiperaktif dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja yang dijalankan.

Gejala ADHD pada orang dewasa

1. Tidak menepati waktu

Mereka yang menghidap ADHD mempunyai kebiasaan untuk datang lambat dari masa temujanji.

2. Sulit fokus

Selain itu, mereka juga sulit untuk fokus dalam kerja yang dilakukan. Dalam kajian yang dijalankan menunjukan, orang ADHD lebih cenderung suka menangguh dan selalu melakukan kesilapan.

3. Mudah terpengaruh

Orang dewasa yang menghidap ADHD memiliki kesukaran untuk menetapkan hanya satu hala tuju sehingga menyelesaikan masalah. Mereka tidak teratur, gelisah dan mudah terganggu. Ketidakmampuan untuk tetap fokus dan meneruskan tugas membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang keliling.

4. Mudah marah

Gejala ADHD yang dihidapi oleh orang dewasa juga mempengaruhi emosi mereka. Mereka mudah marah sukar mengawal emosi sendiri. Ini menyebabkan orang keliling menjauhi mereka.

5. Hiperfokus

Jika ada sesetengah penghidap sukar untuk fokus, ada sesetengah ADHD dewasa terlalu fokus terutama pada hal-hal yang mereka sukai. Mereka sering menunda kerja yang membosankan dan membuat kerja-kerja yang mereka sukai sahaja.

Penyebab ADHD pada dewasa 

Jika anda sering berasa gelisah dan sukar untuk fokus di tempat kerja, ia masih lagi belum disimpulkan anda mempunyai gejala ADHD kerana kegelisahan menunjukan tiroid yang terlalu aktif. Ada banyak lagi tanda-tanda yang ditimbang untuk menentukan sama ada kita menghidap ADHD dan hanya doktor yang bertauliah sahaja yang boleh menentukan ia.

Secara umum, zat kimia di dalam kepala mereka yang menghidap ADHD disebut sebagai neurotransmitter- yang kurang aktif untuk mengawal perhatian. Sesetengah penelitian juga menyatakan bahawa ia mungkin kerana gen yang memainkan peranan kerana ADHD dapat diturunkan kepada ahli keluarga lain.

Pengubatan ADHD pada golongan dewasa

Ubat-ubatan umu untuk ADHD ialah stimulasi. Pemberian ubat ini kepada mereka akan mempertajamkan konsentrasi dan mengurangkan gangguan dalam gelombang otak yang mempengaruhi pusat otak yang berkaitan dengan perhatian.

Doktor juga boleh mensarankan kepada pesakit untuk menambah ubat antidepresi untuk menstabilkan emosi dan hati dan juga ubat adrenergi reuptake inhibitor seperti atomoxetine, yang dapat membantu mengontrol perilaku impulsif.

Selain itu, kaunseling juga membantu pesakit untuk mengawal gejala ADHD dalam diri mereka. Mereka akan mempelajari sesuatu tabiat yang baru, mempraktikanya dan menerapkan dalam diri mereka sehingga mereka terbiasa.

Cara terakhir ialah dengan memberikan nutrisi perkembangan kepada otak. Cara ini dipercayai mampu megurangkan gejala ADHD. Makanan yang baik seperti kekacang, daging, telur, beras merah, pasta dan gandum.

Sumber: Dokter Sehat

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia