Siakap Keli

Hati-Hati, Daging Ayam Tidak Cukup Masak Lebih Berbahaya Dari Yang Anda Fikir

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana makanan yang anda tempah tidak dimasak dengan baik. Sesetengah orang mungkin mengambil ringan dengan terus memakan makanan tersebut dan mengetepikan bahagian mentah sahaja disebabkan sayang untuk dibuang.

Namun, tahukah anda, perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, bahkan dalam kes serius boleh menyebabkan kematian.

Dalam satu kiriman oleh Public Health Malaysia, mereka menegaskan daging ayam khususnya yang masih ada tanda-tanda mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN.

(Gambar: Public Health Malaysia)

Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Dalam kes yang ringan, anda mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.

Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.

Sekiranya anda sayang dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74’C

Jika anda makan di restoran, jangan teragak agak untuk pulangkan menu tersebut untuk di masak dengan sempurna.

Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini. Hati hati.

Sumber: Public Health Malaysia

Amira

Love yourself.