Siakap Keli
Foto: TechZaffy/@undersubscribed

Kisah Tukang Sapu Biasa Yang Diberi Peluang Istimewa Untuk Solat Dalam Hijr-Ismail

Hijr-Ismail adalah satu kawasan yang terletak di sebelah utara Kaabah, yang mana pada asalnya merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim AS ketika Baginda membangunkan Kaabah dahulu.

Kawasan itu biasanya dikerumuni oleh orang ramai dan ramai orang akan bersesak-sesak untuk merebut peluang berdoa di sana kerana ia merupakan kawasan yang mustajab untuk berdoa.

Mungkin atas keistimewaan itulah yang menyebabkan seorang tukang cuci kawasan Kaabah sanggup menolak hadiah berbentuk wang tunai setelah diundi sebagai tukang cuci paling rajin di sana.

Beliau yang berasal dari Pakistan itu lebih memilih untuk diberikan kesempatan bagi memasuki Hijr Ismail dan permintaannya itu telah ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan sahaja dibenarkan masuk, malah kawasan Hijr Ismail ini telah ditutup dan dikhaskan untuk beliau bagi membolehkannya beribadah dan berdoa bersendirian sahaja.

Alangkah beruntungnya beliau diberi kesempatan sebegitu rupa dan keputusan beliau ini juga telah memberi pengajaran kepada kita semua bahawa ada perkara yang lebih besar daripada wang ringgit.

Sumber: Twitter @undersubscribed

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi