Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Farmers' Almanac)

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Tujuh Buah Negeri Dan Dua Wilayah Persekutuan

Satu lagi amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk beberapa kawasan di tujuh buah negeri dan dua wilayah persekutuan sebentar tadi.

Bagi kawasan sekitar Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu(Kedah), Kerian, Matang, Selama, Kuala Kangsar dan Kinta(Perak), Bera, Pekan dan Rompin(Pahang) serta Kota Tinggi dan Mersing(Johor), amaran yang dikeluarkan adalah sehingga pukul 6 petang.

Manakala amaran ribut sehingga pukul 5 petang pula dikeluarkan bagi kawasan Bentong(Pahang), Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang(Selangor), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Jelebu(Negeri Sembilan).

Diharapkan orang ramai yang berada di kawasan yang terlibat mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: Twitter @malaysianmet

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi