Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tak Mahu Sekolah Ditutup Kerana Kurang Murid, 15 Ekor Kambing Daftar Sebagai ‘Pelajar’ Baru

Sebuah sekolah rendah di Perancis yang terletak di bandar kecil berhampiran kaki gunung Alps mengalami menurunan jumlah pelajar yang akan mengakibatkan salah satu kelas di sekolah tersebut ditutup.

Para ibu bapa risau jika kelas ditutup, berkemungkinan sekolah juga akan ditutup. Langkah yang terbaik adalah mendaftar kambing biri-biri sebagai ‘pelajar’ di sekolah berkenaan.

Selepas pihak sekolah mengumumkan rancangan menutup salah satu dari 11 kelas di sekolah itu disebabkan penurunan jumlah pelajar dari 266 kepada 261, seorang pengembala tampil memberikan beberapa ekor kambingnya untuk didaftarkan di sekolah tersebut.

Pada hari pendaftaran tersebut sebanyak 50 ekor yang dibawa oleh penternak di situ dan hanya 15 ekor sahaja telah didaftarkan secara rasmi selepas menunjukkan sijil kelahiran mereka.

Kemasukan 15 ekor kambing tersebut sebagai pelajar diraikan dalam majlis yang ringkas, dihadiri seramai 200 orang termasuk guru, pelajar dan pihak berkuasa. Langkah pengambilan kambing itu  mendapat sokongan daripada Datuk Bandar, Jean-Louis Maret.

Sekarang sekolah tersebut tidak perlu tutup mana-mana kelas. Pengumuman tersebut membuatkan para ibu bapa tersenyum kerana ada pihak yang menjaga kebajikan anak mereka.

Sumber: The Local

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.