Siakap Keli

(Video)Hanya Menari K-Pop Setiap Hari, Lelaki Ini Berjaya Hilangkan Berat Lebih 30 Kg Dalam Masa 7 Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka, dengan menari dan diet semata-mata, seorang lelaki boleh menurunkan berat badan sehingga 36 kilogram dalam tempoh tujuh bulan setengah sahaja.

Bagi Syahrizuan, 22, dia mengambil inisiatif untuk menguruskan badan dengan mempelajari koreografi kumpulan-kumpulan Kpop dan mempraktikkannya mengikut rentak-rentak lagu yang dimainkan.

Mengikut kajian oleh kolej perubatan Universiti Harvard, jumlah kalori yang boleh dibakar dengan tarian bergantung kepada berat seseorang. Semakin berat seseorang, semakin banyak tenaga diperlukan untuk mengikuti satu gerak tarian, membuatkan kalori yang dibakar lebih banyak berbanding mereka yang lebih kurus.

Dengan gerakan tarian berkepantasan sederhana selama 10 minit, individu dengan berat kira-kira 57 kilogram boleh membakar sehingga 55 kalori manakala individu dengan berat 70 kg boleh membakar sehingga 70 kalori.

Jom kita tengok transformasi Syahrizuan sejak Oktober 2018 pada berat 154 kg hingga May ini dengan berat 118 kg.

Kalau menari setiap hari, tapi tidak menjaga pemakanan pun tiada guna. Syahrizuan turut berkongsikan tips diet yang dia praktikkan.

“Pertamanya, saya kurangkan pengambilan gula. Kalau minum air gula pun sekali sehari, tapi gula tu sikit je. Jangan minum air yang bergas pula. Kedua, guna kaedah lebih protein dan kurang karbohidrat. Formula saya, saya ambil nasi suku pinggan, protein lebih sikit. Akhir sekali, minum banyak air kosong. Untuk makanan ringan, saya makan tembikai. Lebih kenyang. Sangat membantu.”

Sumber: Syah.rizuann, Live Strong

Amira

Love yourself.