Siakap Keli

Wanita Didakwa Mati Mengejut Ketika Sedang Bersenam Kerana Mahu Kekal Cantik

Seorang suami, menceritakan semula bagaimana isterinya yang sebelum ini sihat meninggal dunia secara tiba-tiba semasa sedang melakukan senaman di rumah. Tujuan isterinya bersenam hanyalah untuk kelihatan cantik semasa percutian mereka sekeluarga ke Turki.

Joanne Leach, 46, dari Anglesey sedang mengayuh basikal senamanya di ruang tamu sambil menonton rancangan Judge Rinder. Secara tiba-tiba, dia seperti hilang kesedaran dan rebah selepas turun dari basikal. Suami mendiang, Justin Beilensohn, 47, cuba untuk melakukan CPR, tetapi tidak berjaya.

“Joanne merupakan cinta pertama saya. Saya tidak percaya dia telah meninggal dunia. Dia melakukan senaman menggunakan basikal itu setiap hari untuk mendapatkan badan yang cantik sebelum kami sekeluarga pergi bercuti”

“Saya sendiri yang membelikan basikal senaman itu untuknya, Selepas kematianya, saya membuang barang itu. Ia ibarat seperti saya yang membawa kematian kepada isteri saya sendiri” kata Justin.

“Saya jatuh cinta kepadanya sejak berumur 13 tahun. Hari itu, guru kelas kami mengumumkan kedatangan pelajar baru dan Joanne masuk ke kelas terus duduk disebelah saya. Selepas lima minit, saya memintanya untuk menjadi kekasih saya” tambahnya.

Selepas beberapa lama mereka menjalinkan hubungan, akhirnya mereka berkahwin. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Farrah, Jorgia dan Jensen. Joanne bekerja sebagai tukang masak sekolah sebelum bertukar menjadi salah seorang penjaga di rumah pesakit dementia.

Dia masih ingat lagi bagaimana Joanne mendaftar di gym berdekatan untuk mendapatkan bentuk badan idaman sebelum percutian mereka ke Turki akan datang. Namun Joanne tidak suka ke gym, dan dia menghadiahkan basikal senaman supaya Joanne dapat bersenam di rumah dan lebih selesa.

“Percutian itu masih ada tempoh beberapa bulan lagi tetapi dia bersenam setiap hari. Dia sering bersenam sambil menonton television di ruang tamu”

Bermula Januari tahun ini, Joanne yang tidak mempunyai sebarang penyakit mula bekerja shif malam di rumah jagaan.

“Pagi selepas dia pulang kerja shif malam, saya ke gym dan dia masuk ke bilik untuk tidur. Dia bangun tengahari dan mula melakukan senaman basikal. Dia masih lagi mengenakan baju tidur, menonton television rancangan Judge Rinder. Kami juga berbual bersama”

Namun, semasa Joanne mahu turun dari basikal dan cuba untuk berdiri, dia menyatakan kepalnya pening sebelum hanya beberapa saat sahaja dia rebah.

“Saya sangka dia sekadar sakit kepala biasa. Dia sihat sepenuhnya. Saya tiada sebab yang kukuh untuk menyatakan dia hanya pitam sehingga meninggal dunia. Selepas dia tidak sedarkan diri, saya tahu ia adalah serious. Saya lakukan CPR selama 20 minit sehingga paramedik sampai. Pada ketika itu, dia masih lagi bernafas dan saya yakin dia akan baik-baik sahaja.”

Namun, doktor menjumpai terdapat pendarahan serius dan banyak berlaku di dalam otak Joanne. Kumpuln para doktor sendiri tidak mampu melakukan apa-apa. Justin bersama tiga anaknya duduk menemani Joanne selama 27 jam sebelum doktor memutuskan untuk mencabut dan menutup mesin pernafasan Joanne.

“Kami sekeluarga sangat terkejut. Joanne sangat sihat sehinggakan kami sendiri tahu dia sangat jarang sakit kepala, apalagi sakit yang serius sehingga membawa kematianya. Apa yang dirisaukan olehnya hanyalah sama ada dia sempat atau tidak untuk mendapatkan bentuk badan idaman menjelang percutian kami sekeluarga ke Turki” kata Justin lagi.

Sumber: The Irish Sun

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia