Zimbabwe menjual lebih dari 98 ekor gajah kepada China dan Dubai dengan harga sekitar $2.7million atau RM11 juta, menurut sumber agensi hidupan liar negara itu. Untuk harga seekor gajah, dianggarkan sekitar RM56,000 sehingga mencecah RM173,000.
Wang yang diperolehi hasil dari penjualan haiwan ke negara lain itu akan digunakan untuk menyokong usaha pemuliharaan, kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Tinashe Farawo.
Farawo berkata, selain untuk menambah dana pemuliharaan, tujuan penjualan itu juga adalah kerana pihak negara Zimbabwe sukar untuk mengawal populasi di Taman Negara.
“Kami bergelut dengan jumlah gajah yang terlampau banyak. Kami percaya penggunaan sumber yang mampan akan dapat membayar penjagaan gajah yang masih tingga di sini” kata Faraqo kepada sumber.
Selain dari itu, masalah lain yang timbul ialah kerana negara mereka kekurangan bekalan air yang diperluan untuk penjagaan hidupan di sana. Kekurangan itu turut menyebabkan mereka mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menampung keperluan penjagaan semua haiwan di sana. Ia menjadi semakin buruk jika berlaku kemarau.
Menteri Perlancongan Prisca Mupfumira berkata jumlah terbaru gajah di negara itu ialah sebanyak 85,000 dan sepatutnya mereka hanya boleh menampung sekadar 55,000 ekor sahaja.
Populasi gajah Afrika terbesar ialah di Botswana, Namibia dan Zambia yang berusaha mengangkat larangan perdagangan gading yang diletakkan oleh CITES, organisasi global yang bertanggungjawab mengatur perdagangan spesis terancam.
Akibat populasi gajah yang terlampau banyak di sana, penduduk sering mengadu gajah-gajah itu membuat kerosakan tanaman dan ladang mereka.
“Kami menjual gajah-gajah ini untuk mengawal bilangan mereka. Kami juga sering mendengar masalah penduduk kerana kebanyakan gajah liar menyerang manusia. Penduduk tempatan juga tidak semuanya mempunyai duit lebih untuk membeli ubat-ubatan akibat luka. Jadi ini ialah cadangan terbaik yang kami boleh buat untuk kebaikan semua pihak” tambah Farawo.
Sumber: CNN