Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FIFA Maklum Ahli Bersekutu Mengenai Keputusan CAS - FAM

Iqbal Yasir
FIFA Maklum Ahli Bersekutu
Kredit: FAM

FIFA Maklum Ahli Bersekutu Mengenai Keputusan CAS - FAM

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta berhubung keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di Facebook.

"Dilampirkan adalah maklum balas dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS) untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta.," maklum kenyataan itu.

Sebelum ini, FAM mengesahkan bahawa CAS telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh 7 pemain warisan Harimau Malaya.

Menerusi hantaran Football Association of Malaysia di Facebook, tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

Kesemua pemain tersebut sebelum ini digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak susulan keputusan yang dibuat oleh FIFA pada September lalu.

Menerusi keputusan terbaharu CAS, hukuman penggantungan tersebut ditangguhkan buat sementara waktu, sekali gus membolehkan kesemua pemain berkenaan meneruskan karier profesional masing-masing serta terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Menurut FAM, kelulusan Penangguhan Pelaksanaan ini akan kekal berkuat kuasa sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS diputuskan.

Ia sekali gus memberi ruang penting kepada pemain-pemain terlibat untuk terus beraksi tanpa sebarang sekatan.