Siakap Keli
Gambar: mStar

KPDNHEP Lancar Skim Kawalan Harga Bagi Mengawal Harga Barangan Keperluan Di Musim Perayaan

Di sempena musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah memperkenalkan skim bagi mengawal harga-harga barangan keperluan yang terpilih.

Skim tersebut diperkenalkan bagi mengelakkan para peniaga mengambil kesempatan kepada pengguna untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga barangan keperluan. Skim harga maksimum ini diperkenalkan merangkumi tiga musim perayaan yang bakal disambut dalam tarikh yang berdekatan.

Dengan hari raya puasa yang dijangka bakal disambut pada 5 Jun 2019 di seluruh negara, kerajaan telah menguatkuasakan skim ini bermula pada 21 Mei 2019 sehingga 19 Jun 2019 yang bersamaan dengan 30 hari tempoh perlaksanaannya.

Bagi Perayaan Pesta Kaamatan pula, tarikh yang bakal disambut di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada 30 dan 31 Mei 2019. Hari gawai pula bakal disambut di Sarawak pada 1 dan 2 Jun 2019 ini.

Untuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi Pesta Kaamatan 2019, skim ini bakal dilaksanakan bermula pada  dan 31 Mei 2019. Manakala untuk Hari Gawai pula, tarikh skim yang telah ditetapkan kerajaan bagi menguatkuasakan skim ini akan bermula dari 25 Mei hingga 7 Jun 2019 iaitu selama 14 hari.

Atas faktor musim perayaan yang banyak menelan belanja, pihak kerajaan telah melanjutkan tempoh pelaksanaan SHMMP ini selama 30 hari bagi Hari Raya Puasa iaitu 15 hari sebelum hari perayaannya, dan 14 hari selepas hari perayaan berbanding 15 hari pelaksanannya sebelum ini.

Bagi SHMMP untuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pula, skim ini dilanjutkan tempoh pelaksanaannya selama enam hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan enam hari selepas perayaan berbanding tujuh hari pelaksanaannya sebelum ini.

Merujuk pada barangan dalam SHMMP yang telah dipilih oleh kementerian, sebanyak 27 jenis barangan bagi pelaksanaan Hari Raya Puasa yang termaktub di bawah skim tersebut berbanding dengan 21 jenis barangan sebelum ini.

Difahamkan juga, terdapat beberapa perubahan barangan telah dilakukan berbanding dengan pelaksanaannya pada tahun 2018. Kesemua barangan yang disenarai dalam SHMMP tersebut merupakan barangan permintaan yang tinggi oleh masyarakat yang menyambut perayaan.

Penentuan dan penetapan harga barang maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian harga pasaran semasa untuk memastikan harga yang berpatutan bagi manfaat pengguna dan peniaga.

Untuk mengelakkan dan membendung kenaikan harga barang yang tidak munasabah dilakukan oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bakal dilaksanakan pada mana-mana pihak yang didapati bersalah menaikkan harga barang yang dikawal tersebut.

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah skim ini.

Peniaga yang melakukan kesalahan bakal dikenakan tindakan yang tegas di bawah Akta yang memaksa mereka untuk membayar denda sebanyak ratusan ribu dan peniaga juga bakal berdepan dengan hukuman penjara.

Untuk memastikan para peniaga mematuhi inisiatif yang dibuat oleh kerajaan ini, Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan meninjau ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah untuk melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika.

Pengguna boleh menyalurkan aduan ke pelbagai medium penyaluran aduan yang telah disediakan kerajaan sekiranya mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi kawalan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan ini.

Pengguna haruslah mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka manakala peniaga pula haruslah sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan serta mengamalkan sikap yang beretika dalam menjalankan perniagaan. Justeru, kerajaan berharap agar selepas sahaja skim ini berakhir, pengeluar, pemborong serta peruncit tidak menaikkan harga barang secara mendadak.

Anda boleh merujuk harga barangan yang termaktub di dalam skim ini serta saluran untuk membuat aduan kepada peniaga yang gagal mematuhi inisiatif kerajaan ini dengan merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikut:

Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP
Gambar: FB KPDNHEP

 

 

Gambar: FB KPDNHEP

Sumber: FB KPDNHEP

Aqmal Ezany

I write what is right