Siakap Keli
Foto: NBC News

Kerana Bertengkar, Warga Emas Maut Ditolak Keluar Bas Oleh Wanita Tak Berhati Perut

Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun telah meninggal dunia beberapa minggu selepas ditolak jatuh daripada sebuah bas oleh seorang wanita dalam satu kejadian yang berlaku di Las Vegas pada Mac lalu.

Semasa kejadian itu, suspek dikatakan telah bertengkar dengan penumpang bas tersebut termasuk mangsa. Namun punca pertengakaran tidak diberitahu.

Apabila bas itu berhenti untuk menurunkan penumpang, mangsa dilihat bangun dan terus bertikam lidah dengan suspek sebelum berjalan keluar daripada bas.

Akan tetapi, sebaik sahaja beliau membelakangi suspek dan mula menghampiri tangga bas, suspek terus menolaknya keluar dengan kuat. Tolakan itu menyebabkan mangsa jatuh tersungkur di kawasan pejalan kaki.

Foto: NBC News

Beliau dikatakan menolak untuk menerima rawatan sejurus kejadian berlaku namun didakwa telah pergi ke hospital pada malam kejadian.

Menurut laporan Pegawai Perubatan yang merawat mangsa, lelaki warga emas itu meninggal dunia akibat komplikasi dari kecederaan yang dialami semasa kejadian dan mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes pembunuhan.

Sehubungan dengan itu, suspek wanita berusia 25 tahun berkenaan telah ditahan oleh polis sementara menunggu kes dakwaannya didengari pada 21 Mei nanti.

Sumber: CNN, NBC News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi