Siakap Keli

Tercari-Cari Telefon Boleh Zoom & Spec Yang Tinggi Pada Harga Murah? Model Baru HONOR Ini Jawapannya

Pernahkah anda melihat foto-foto yang dihasilkan oleh Huawei P30 Pro dengan kemampuan zoom yang menakjubkan di Internet kebelakangan ini?

Kebolehan zoom atau telefoto yang dimiliki oleh peranti tersebut sangat mengagumkan sehinggakan berjaya menarik perhatian ramai di seluruh dunia.

Namun, harganya yang agak tinggi menyebabkan minat orang ramai itu sedikit terbantut. Jangan kecewa dulu, anak syarikat Huawei, HONOR mungkin dapat membantu anda memiliki telefon dengan ciri yang diidam-idamkan.

Siri HONOR 20, Alternatif Bajet Bagi Siri Huawei P30

Foto: HONOR MY

Syarikat HONOR dijadualkan akan melancarkan produk terbaru mereka iaitu HONOR 20 dan HONOR 20 Pro secara global di London pada 21 Mei ini.

Siri berkenaan telah digembar-gemburkan sebagai alternatif bajet bagi siri Huawei P30 di mana ia akan menawarkan ciri-ciri seakan siri berkenaan namun dijual pada harga lebih murah.

Melihat kepada apa yang dimiliki oleh HONOR 10 berbanding Huawei P20 pada tahun lepas, siri HONOR 20 kali ini dijangka tidak mempunyai perbezaan ketara dengan siri Huawei P30. Tambahan pula, HONOR akan tampil dengan dua model iaitu model asas dan satu model Pro bagi siri kali ini.

Menggunakan tanda pagar #CAPTUREWONDER, kita boleh mengharapkan sebuah peranti dengan kebolehan kamera yang baik pada siri HONOR 20 ini. Malah, jika menurut laporan daripada laman tirisan spesifikasi telefon terkemuka, Slashleaks, kedua-dua model itu nanti bakal dilengkapi dengan tetapan kamera yang berkualiti.

Foto: Slashleaks

Bagi versi Pro, ia didakwa bakal didatangkan dengan tetapan kamera utama empat lensa atau kuad-kamera. Lensa-lensa yang digunakan ialah 48MP lensa utama, 16MP lensa sudut super luas, 8MP lensa telefoto serta 2MP lensa Macro.

Sebelum ini, timbul ura-ura mengatakan bahawa model ini akan mempunyai kebolehan zoom 50 kali, sama seperti Huawei P30 Pro. Melihat kepada senarai lensa yang digunakan di atas, tidak mustahil ianya menjadi satu kenyataan.

Foto: Slashleaks

Manakala bagi model asas pula, HONOR juga didakwa akan membekalkan peranti ini dengan tetapan kuad-kamera namun lensa yang digunakan sedikit berbeza apabila ia tidak akan memiliki lensa 8MP telefoto, sebaliknya digantikan dengan lensa 2MP depth assist. Lain-lain lensa adalah sama seperti HONOR 20 Pro.

Bagi yang gemar ber-selfie pula, siri HONOR 20 ini turut akan hadir dengan lensa kamera hadapan berkualiti 32MP, jadi anda tidak perlu risau untuk mendapatkan kualiti gambar yang baik.

Tidak cukup dengan itu, kamera telefon ini akan mempunyai keupayaan untuk menangkap gambar malam yang baik serta disokong dengan teknologi kecerdasan buatan(AI).

Malah, peranti dalam siri ini juga dijangka akan tersenarai di kalangan kedudukan yang tinggi bagi penilaian DxOMark. Untuk pengetahuan pembaca, DxOMark adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menguji dan menilai kemampuan fotografi sesebuah telefon pintar.

Bukan Sekadar Kamera Berkualiti

Di sebalik kualiti fotografi yang tinggi, siri HONOR 20 ini turut bakal didatangkan dengan spesifikasi yang tinggi. Antaranya ialah ia diramal akan menggunakan sistem cip berkuasa HiSilicon Kirin 980 turut digunapakai oleh Huawei P30 Pro.

Selain itu, peranti ini turut didakwa bakal memiliki paparan skrin yang cantik berbekalkan panel skrin AMOLED bersaiz 6.5-inci yang digunakan. Dari segi bateri pula, ia dikatakan akan dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh.

Jadi bagaimana pendapat anda dengan peranti ini? Menarik, bukan? Berita baik bagi anda yang berminat, HONOR Malaysia akan menawarkan hadiah percuma bernilai hampir RM500 dalam bentuk HONOR SoundStone Bluetooth speaker, HONOR Band 4 serta beg HONOR bagi anda yang membuat pra-tempahan di HONOR Experience Store bermula dari 24-28 Mei ini dan hanya RM200 diperlukan untuk anda membuat pra-tempah.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki peranti ini apabila ia dilancarkan kelak. Dapatkannya dan bergayalah dengan HONOR 20 atau HONOR 20 Pro baharu anda pada Hari Raya nanti.

Layari laman sesawang HONOR Malaysia atau laman rasmi Facebook mereka untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini.



Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi