Siakap Keli
Gambar: BBC

“Ramai Kata Boleh ‘Slow-Slow’ Jual,” Pengguna Tak Senang Duduk Tindakan Google Terhadap Huawei, Urusan Harian Bakal Terjejas

Menerusi perkembangan terbaru, Google mengambil tindakan drastik apabila menarik lesen Android yang dimiliki oleh Huawei berikutan isu Amerika Syarikat dan syarikat pengeluar telefon tersebut.

Tindakan tersebut memberi kesan kepada peranti Huawei yang kini hanya boleh menggunakan Android Open Source Project (AOSP). Perkara ini bermakna telefon pintar keluaran Huawei selepas ini akan kehilangan akses terhadap servis-servis Google seperti Play Store, Youtube ataupun Gmail.

Berikutan perkara ini, pengguna peranti Huawei menerima impak negatif yang besar kerana kebanyakan akses yang dibuat adalah melalui aplikasi Google. Kesal dengan penarikan ini, netizen tampil menyuarakan pendapat dan ketidakpuas hati di ruangan media sosial.

Rata-rata pengguna risau akan keadaan yang berlaku ini. Perkara ini kerana akan menjejaskan tugasan harian mereka seperti urusan kerja.

“Takboleh guna Google, tak terima email personal dan kerja”

Netizen juga menyifatkan bahawa mereka terpaksa menerima kesan berikutan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dan China.

“Keputusan buruk kerajaan seperti itu tidak sepatutnya dihentikan pembangunan teknologi yang dicapai. Pengguna tidak sepatutnya terkesan”

“Memberi kesan kepada semua orang”

Walau bagaimanapun, pengguna peranti Huawei sedia ada tidak perlu risau akan tindakan drastik ini. Perkara ini kerana peranti yang sedia ada masih lagi dapat mengakses Google seperti biasa dan tidak akan memberi kesan kepada pengguna yang sedia ada.

Sumber: Android

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa