Siakap Keli

Terkini: (Video) Kota Mekah Pula Jadi Sasaran, Dua Peluru Berpandu Berjaya Dipintas

Dalam kejadian yang baru berlaku, Pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang disasarkan ke kota suci Mekah dan Jeddah.

Serangan tersebut didakwa dilancarkan oleh militan Houthi dari Yaman semalam.

Menurut laporan, ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial, peluru berpandu kedua dilihat dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Kedutaan kerajaan di Washington turut mengesahkan pasukan udara negara mereka memintas dua peluru berpandu buatan Iran oleh Houthi di wilayah Mekah.

Sementara itu, Yaman dalam satu kenyataan turut mengutuk apa yang berlaku dan menegaskan bahawa percubaan serangan ke atas kota suci tersebut adalah merupakan tindakan oleh pengganas.

Perhatian kepada muslim seluruh dunia, Kota Suci Mekah kini menjadi sasaran

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama sejak perang saudara yang berlaku di Yaman pada tahun 2015.

Sumber : GULF BUSINESS

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.