Henrikh Mkhitaryan secara rasminya tidak akan terlibat dengan perlawanan akhir Liga Europa bagi membantu pasukannya dalam kempen menjuarai piala eropah yang bakal berlangsung di Baku, Azerbaijan 30 Mei ini.
Atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa melupakan hasratnya dalam membantu pasukannya itu menjuarai piala eropah kerana faktor ketegangan politik diantara negaranya iaitu Armenia dan Azerbaijan.
Disebabkan itu, pasukan Arsenal terpaksa ketepikan khidmat pemain kebangsaan Armenia itu untuk bertandang ke Baku dalam perlawanan akhir yang dijadualkan menentang Chelsea.
Bekas pemain Manchester United itu juga mengaku bahawa beliau berasa amat sedih kerana terpaksa melupakan hasratnya itu dalam membantu pasukannya menjuarai piala yang berprestij itu.
Beliau turut meluahkan kekecewaannya itu menerusi Tweet yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.