Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Sebab Usia Je, Rupanya Ini Faktor Rambut Beruban Yang Ramai Tak Tahu

beruban
Kredit: ImageFX

Bukan Sebab Usia Je, Rupanya Ini Faktor Rambut Beruban Yang Ramai Tak Tahu

Ramai beranggapan rambut beruban hanya akan muncul apabila semakin meningkat.

Namun begitu, apabila helaian putih ini mula muncul dalam golongan muda, ianya menimbulkan persoalan.

Ada yang mula menyalahkan gaya hidup, ada juga yang mengaitkannya dengan tekanan emosi.

Justeru, hari ini SK akan ungkap punca rambut beruban pada usia muda, menurut Hello Doktor.

Bagaimana rambut boleh bertukar menjadi uban?

Apabila manusia jadi semakin tua, sel yang mengandungi pigmen melanin pada folikel rambut akan mati secara perlahan-lahan.

Melanin juga terdapat dalam kulit manusia. Perbezaan melanin inilah yang menyebabkan kita mempunyai warna kulit dan rambut yang berbeza-beza.

Apabila sel tersebut berkurang, rambut akan bertukar menjadi warna lutsinar ataupun kelabu, perak atau putih.

Rambut beruban ini amat sinonim dengan individu yang sudah berusia. Namun, ada juga yang kata stres merupakan salah satu punca tumbuh uban.

Tapi, benarkah kenyataan ini?

Ada orang yang bekerja dalam keadaan yang penuh tekanan, namun, tidak ada sehelaipun rambutnya bertukar menjadi putih.

Pada masa yang sama, ada juga remaja yang baru berumur belasan tahun tapi mempunyai uban mengalahkan orang tua!

Stres boleh akibatkan banyak kesan negatif terhadap badan. Namun, adakah stres boleh akibatkan rambut beruban?

Walaupun kepercayan ini agak popular, sampai hari ini masih belum ada sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan ini.

Orang yang berusia mempunyai rambut beruban disebabkan oleh faktor umur. Namun, untuk golongan muda, mereka mungkin mempunyai masalah lain yang membuatkan rambut beruban seperti:

1. Kekurangan vitamin B12

Menurut journal Development, kekurangan vitamin B12 boleh mempengaruhi kadar pigmentasi rambut. Walau bagaimanapun, rambut jadi putih akibat kekurangan vitamin merupakan keadaan yang boleh dipulihkan semula.

vitamin b12
Kredit: ImageFX

Jika anda mengambil suplemen atau menjaga pemakanan, tidak mustahil untuk anda yang mengalami masalah uban ini mempunyai rambut yang berwarna hitam semula.

2. Masalah tiroid

Masalah tiroid boleh menyebabkan rambut jadi beruban. Orang muda yang beruban mungkin mengalami masalah hypothyroidism atau hyperthyroidism kesan hormon tiroid.

lelaki beruban
Kredit: ImageFX

3. Vitiligo

4. Alopecia areata

Alopecia areata merupakan sejenis penyakit autoimun yang boleh menyebabkan rambut gugur pada kawasan kepala, muka dan bahagian badan yang lain. Namun, pesakit alopecia areata juga boleh mendapat uban.

wanita rambut gugur
Kredit: ImageFX

5. Neurofibromatosis

Neurofibromatosis merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan pertumbuhan tumor pada kawasan saraf.

lelaki sakit
Kredit: ImageFX

6. Tuberus sclerosis

Penyakit ini merupakan keadaan yang jarang berlaku. Ia boleh menyebabkan tumor dalam beberapa jenis organ seperti otak, hati, buah pinggang, mata, paru-paru dan kulit.

wanita membaca buku
Kredit: ImageFX

Walau bagaimanapun, bila dan bagaimana rambut bertukar menjadi putih ditentukan oleh genetik yang diwarisi daripada ibu bapa

Jika ibu dan bapa anda masih mempunyai rambut yang hitam dan lebat ketika berumur 50 tahun, besar kemungkinan untuk anda warisi genetik yang sama seperti mereka!

Eksperimen ke atas tikus

Walaupun masih belum terbukti stres boleh jadi penyebab tumbuhnya uban dalam kalangan manusia, sekumpulan saintis telah berjaya membuktikannya dalam satu eksperimen yang dijalankan ke atas tikus makmal.

Eksperimen tersebut dilakukan oleh NIH’s National Institute of Arthritis and Muscoskeletal and Skin Diseases (NIAMS) untuk mengkaji hubungan di antara stres dan juga rambut beruban.

saintis dan tikus dalam makmal
Kredit: ImageFX

Di dalam eksperimen ini, tikus makmal telah didedahkan kepada tahap tekanan yang berbeza. Tekanan yang dialami oleh tikus-tikus ini membuatkan bulu mereka bertukar menjadi warna putih.

Ini membuktikan bahawa stres mungkin boleh akibatkan rambut beruban, namun, punca sebenar yang mengakibatkan uban itu masih lagi disiasat oleh para penyelidik.

Tambah lagi, tikus yang telah kehilangan pigmen hitam pada rambut mereka tidak akan mendapat pigmen itu semula.

Itu bermaksud, bulu mereka yang telah bertukar menjadi putih tidak akan kembali normal walau dalam apa keadaan sekalipun.

Stres mungkin boleh jadi penyebab uban

Dalam kalangan binatang, stres boleh menyebabkan bulu mereka bertukar warna putih. Namun, kajian yang disebutkan di atas tidak dapat dibuktikan lagi sebagai punca tumbuh uban dalam kalangan manusia.

Namun, perkara sebenar yang mempengaruhi pertumbuhan uban ialah genetik dan umur seseorang. Sebab itulah, kadangkala orang muda pun boleh mempunyai uban satu kepala.

lelaki stres
Kredit: ImageFX

Selain itu, merokok juga mungkin boleh akibatkan rambut bertukar menjadi uban pada usia yang muda.

Oleh itu, kalau nakkan rambut yang kekal hitam sampai ke tua, cuba tinggalkan tabiat merokok itu ya!