Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tandas Kuning Berkerak, Ini 5 Cara Jimat & Mudah Hilangkan Kotoran Degil

tandas
Kredit: ImageFX

Tandas Kuning Berkerak, Ini 5 Cara Jimat & Mudah Hilangkan Kotoran Degil

Ramai yang memandang ringan soal kebersihan tandas, sedangkan ruang inilah yang digunakan setiap hari.

Apabila mangkuk tandas kelihatan kotor dan tidak terjaga, rasa tidak selesa mula timbul.

Malah, ada yang sanggup menangguhkan hajat kerana kurang yakin dengan tahap kebersihannya.

Justeru, hari ini SK akan kongsikan lima cara jimat dan mudah hilangkan kotoran degil dalam mangkuk tandas, menurut Hello Doktor.

1. Cecair peluntur

Antara tip paling utama dan popular digunakan sehingga kini adalah dengan menggunakan cecair peluntur yang boleh didapati di pasaran.

peluntur
Kredit: ImageFX

Caranya amat mudah iaitu hanya dengan menuangkannya ke jamban, biarkannya untuk seketika dan bilaskannya dengan air atau flush.

Namun harus diingatkan agar anda tidak menuangkannya ke permukaan jamban duduk kerana ia berisiko menghakis kulit jika terkena.

2. Cuka

Alternatif yang kalian mungkin boleh cuba guna adalah cuka.

cuka
Kredit: ImageFX

Caranya adalah dengan menuangkan 2 gelas cuka pada permukaan dan penutup mangkuk jamban dan biarkannya selama 2 jam.

Selepas itu, cuba sental permukaan yang kuning dan kotor itu menggunakan berus jamban dan lihat sendiri hasilnya selepas dibilas.

3. Kola

Jika tiada cuka, kalian juga mungkin boleh cuba guna kola.

tin merah
Kredit: ImageFX

Caranya adalah dengan menuangkan 1 botol kola pada permukaan dan penutup mangkuk jamban dan biarkannya selama 1 jam.

Kemudian, flush toilet dan jamban anda pasti akan kembali putih dan bersih ekoran sifat asid sitrik.

4. Serbuk penaik

Jika anda tidak mahu menggunakan cecair peluntur ekoran risiko dan bau yang sangat kuat, mungkin anda sendiri boleh cipta agen pencuci jamban semula jadi.

serbuk penaik
Kredit: ImageFX

Cara bersihkan jamban ini adalah dengan menggunakan sebatian serbuk penaik yang telah dicampur dengan cuka atau kola!

Gaulkan ia sehingga menjadi pes, kemudian sapukan ia pada permukaan dan penutup jamban selama 15 minit.

Jika anda mahu sapukannya pada tempat lain dalam tandas juga tidak jadi masalah dan bilas sahaja dengan air.

5. Lemon & garam

Jika tidak ada serbuk penaik, cuka atau kola di rumah, ada alternatif lain yang kesannya juga adalah lebih kurang sama sahaja iaitu lemon dan garam.

garam dan lemon
Kredit: ImageFX

Cara bersihkan jamban dengan menggunakan agen pencuci tandas semula jadi ini adalah sedikit berbeza kerana ia tidak perlu digaul sehingga 2 bahan ini menjadi sebati.

Sebaliknya, anda hanya perlu taburkan garam dan jadikan lemon yang dibelah dua seakan span atau berus untuk mengelap jamban yang kuning dan kotor.

Lakukan proses ini sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit untuk kesan yang lebih mantap!