Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Bukan Sapu Krim Je, Ini 7 Cara Betul Kulit Kekal Lembap Sepanjang Hari
Ramai beranggapan masalah kulit kering boleh selesai hanya dengan menyapu krim atau menggunakan produk penjagaan kulit yang mahal.
Setiap kali kulit terasa tegang atau menggelupas, yang terlintas di fikiran selalunya menambah satu lagi produk ke dalam rutin harian.
Namun realitinya, kulit kering tidak semestinya berpunca daripada produk yang digunakan.
Jadi, kali ini SK akan kongsikan 7 cara yang betul untuk melembapkan kulit sepanjang hari.
Menurut portal Health, salah satu cara paling mudah untuk melembapkan kulit dari dalam ialah dengan minum air yang mencukupi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan air yang lebih banyak sepanjang hari boleh meningkatkan kesihatan kulit.
Selain itu, kesannya juga hampir sama seperti menggunakan pelembap pada kulit.

Selain itu, anda juga boleh meningkatkan tahap hidrasi dengan mengambil makanan yang mengandungi air yang tinggi.
Makanan yang dimaksudkan adalah seperti tembikai, timun serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Beberapa kajian dalam portal Health mendapati diet berkhasiat yang kaya dengan lemak sihat dapat memperbaiki fungsi penghalang kulit.
Selain itu, ia juga membantu kulit mengekalkan kelembapan.
Disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi omega-3 seperti salmon dan tuna, serta omega-6
Makanan yang mengandungi omega-6 ialah seperti biji labu yang membantu melindungi dan melembapkan kulit.

Jika anda mengamalkan diet rendah protein atau vegetarian, anda mungkin tidak mendapat zink yang mencukupi.
Difahamkan, zink diperlukan oleh tubuh untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, melindungi lapisan kulit dan menghasilkan kolagen.
Antara makanan tinggi zink termasuk kekacang, daging, kacang, biji-bijian, makanan laut bercangkerang dan bijirin penuh.

Penyelidikan dalam portal Health menunjukkan minyak kelapa sesuai untuk merawat kulit kering.
Ia mudah meresap ke dalam kulit, membantu menenangkan kulit yang kering atau iritasi dan meningkatkan kelembapan.
Selain itu, ia juga memperbaiki keanjalan kulit dan mengurangkan rasa gatal.

Disarankan juga untuk hadkan tempoh mandi tidak melebihi 10 minit dengan menggunakan air suam dan pencuci yang lembut.
Hal ini kerana mandi terlalu lama dengan air panas serta sabun yang kuat boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit dan menyebabkan kekeringan.

Menurut portal Health, kajian mendapati tekanan boleh memberi kesan negatif kepada lapisan pelindung kulit.
Dinasihatkan untuk mengamalkan senaman pernafasan, yoga atau teknik relaksasi lain untuk mengurangkan tekanan harian.
