Sejak kad pengenalan atau MyKad generasi baharu diperkenalkan pada 16 September, pelbagai persoalan dibangkitkan oleh orang ramai khususnya mengenai ciri atau fungsi yang terdapat padanya.
Salah satu ciri baharu yang menarik perhatian adalah kod QR yang diletakkan di bahagian belakang MyKad.
Susulan itu, ramai yang masih keliru mengenai fungsi kod QR tersebut, mengapa ia diletakkan di situ?
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari ikuti penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nak Kekalkan Gambar Dan Alamat Lama Masa Ganti MyKad Baharu? Ini Caranya
MyKad Generasi Baharu: Ini Senarai 40 Cawangan JPN Untuk Cetakan Hari Yang Sama
Dah Tukar? Tapi Ingat 1 Step 'Penting' Ni Bila Isi Minyak BUDI95 Guna MyKad Generasi Baharu
Orang Ramai Dinasihat Tidak Berpusu-Pusu Tukar MyKad Baharu 17 Sept Ini
Penantian Berakhir, Ini Wajah Baharu MyKad Generasi Baharu, Boleh Ditukar Bermula Esok
Fungsi kod QR pada MyKad
Untuk pengetahuan, kod QR tersebut digunakan untuk tujuan penguatkuasaan oleh agensi-agensi yang dibenarkan oleh JPN.
Buat masa ini, hanya JPN yang menggunakan ciri tersebut untuk mengesahkan pemegang MyKad adalah pemilik sebenar MyKad itu.
Lebih menarik, kod QR itu juga tidak boleh dibaca oleh mana-mana kamera pada mana-mana telefon pintar.
Dalam pada itu, JPN menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru untuk menukar MyKad yang baharu.
Jika MyKad yang sedia ada masih tidak rosak dan berada dalam keadaan baik, ia boleh digunakan seperti biasa.
