realme Gegar Final Kejohanan Dunia M7 Mobile Legends
Kejohanan Dunia M7 telah melabuhkan tirai di Jakarta dengan gemilang, menyaksikan penobatan juara dunia baharu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Aurora Gaming PH.
Sebagai rakan strategik bagi kejohanan esports premier ini, realme komited dalam meningkatkan sokongannya terhadap para pemain yang terdiri daripada golongan muda di seluruh dunia menerusi integrasi jenama yang mampan, pengalaman menyeluruh bagi peminat, serta penyampaian Trofi realme FMVP eksklusif kepada pemain terbaik tahun ini.
Trofi realme FMVP: Penghormatan Tertinggi Bagi Juara M7
Selepas pertarungan sengit di perlawanan akhir, Dylan "Light" Catipon dari Aurora Gaming PH telah meraih gelaran Pemain Paling Bernilai Perlawanan Akhir atau 'Finals Most Valuable Player' (FMVP) selepas mempamerkan persembahan luar biasa dan kepimpinannya sepanjang kejohanan.
Bagi memperingati detik ikonik ini, Lanxi Cai, Ketua Komunikasi Jenama Global realme, diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan Trofi realme FMVP yang dijenamakan secara eksklusif kepada pemenang FMVP tersebut.
Trofi ini melambangkan semangat “Real Passion Never Dies”, menampilkan mahkota simbolik bak sinar matahari serta kontur geometri istimewa, mencerminkan semangat juang para atlet esports.

Logo realme jelas kelihatan pada tapak trofi, menandakan peranan jenama telefon pintar tersebut dalam memperkasakan kejohanan berprestij ini. Detik ikonik itu menampilkan visi bersama realme dan M7, iaitu "Let the World See Us", membolehkan dunia menjadi saksi kecemerlangan golongan muda yang mencintai esports.
Dilancarkan oleh syarikat permainan video antarabangsa MOONTON Games, MLBB merupakan salah satu jenama Multiplayer Online Battlefield Arena (MOBA) mudah alih paling popular di dunia.
Permainan ini telah mencapai lebih 1.5 bilion muat turun serta 110 juta Pengguna Aktif Bulanan (MAU), mencerminkan statusnya sebagai fenomena permainan global. MLBB juga diiktiraf sebagai permainan esports mudah alih paling popular di dunia oleh Esports Charts, dengan jumlah lebih 434 juta Jam Ditonton (HW).
Bagi peminat tempatan di Malaysia, kejohanan ini membawa kebanggaan dan kegembiraan tambahan apabila dua pasukan tanah air, Selangor Red Giants (SRG) dan CG Esports, menampilkan prestasi meberangsangkan di pentas antarabangsa.
SRG meraih tempat ketiga keseluruhan selepas mara ke perlawanan akhir 'lower bracket', di mana mereka tewas 1-3 kepada pasukan tuan rumah Alter Ego.

Hab Pop-up realme: Lokasi Tumpuan Utama Peminat
Kehangatan karnival MLBB M7 meriah dengan pelbagai acara menarik bagi para pengunjkung.
Antara lokasi yang menjadi tarikan utama bagi pengunjung merupakan hab pop-up dinamik realme melancarkan pondok pop-up dinamik yang dengan pantas menjadi pusat tarikan terhangat bagi peminat MLBB di seluruh dunia.
Direka bentuk sebagai hab pengalaman dua tingkat, realme menawarkan pelbagai aktiviti interaktif kepada peminat. Tingkat pertama menampilkan 'Telefon Rasmi Kejohanan M7' iaitu realme 15 Pro.
Pengunjung berpeluang mencuba peranti ini secara langsung di kawasan 5v5 Mabar. Para peminat boleh menguji prestasi peranti tersebut serta merasai kelancaran permainan dan kesan audio-visual yang mendalam yang meningkatkan setiap detik pertandingan.
Ciri interaktif seperti booth video 360°, julat tembakan, dan Roda Spin Bertuah membawa lapisan hiburan ringan dan mendalam ke hab tersebut.
Sementara itu, tingkat kedua hab menyediakan 'Zon Chilling' yang tenang, menawarkan ruang terbuka nyaman bagi para pengunjung untuk berehat, dan kekal terhubung dengan suasana kejohanan.

Lebih daripada sekadar pameran permainan premium, hab pop-up ini membina hubungan tulen dalam komuniti MLBB, menjadikan karnival kejohanan tersebut sebagai keraian istimewa bagi semua peminat esports.
Dengan berakhirnya Kejohanan M7, realme kekal dengan komitmennya terhadap komuniti esports global dan golongan muda.
Menerusi penggabungan peranti permainan premium bersama penglibatan peminat yang mendalam, realme memberi nafas serta kepada nilai “Real Passion Never Dies” dengan menghubungkan peminat di seluruh dunia melalui rasa cinta terhadap esports.
realme akan terus memperkasakan para peminat terutamanya golongan muda dengan teknologi terkini serta detik permainan yang tidak dapat dilupakan.
Ikuti laman web rasmi dan media sosial realme Malaysia untuk maklumat lanjut.