Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pamer Aksi Memukau, Pasukan Sorak Malaysia Rangkul Tiga Emas Di Kejohanan Sorak Asia

Pasukan Sorak Malaysia
Kredit: IG Eugene Cheer

Pasukan sorak Malaysia mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada Kejohanan Sorak Asia (ICU ACC) 2026.

Kejohanan yang berlangsung di Putrajaya pada 17 hingga 18 Oktober lalu itu menyaksikan penyertaan 15 negara termasuk Korea Selatan, Jepun dan China.

Menurut Astro Awani, skuad negara berjaya merangkul pingat emas menerusi acara Senior Coed Elite, Junior All Girls Advanced Asia serta Junior All Girls Advanced Asia dan Oceania.

Tidak terhenti di situ, pasukan Malaysia turut meraih dua pingat perak dalam acara Youth All Girls Median dan Senior Pom Asia.

Sementara itu, pingat gangsa pula diraih menerusi acara Senior Pom Asia dan Oceania.

Untuk rekod, kejohanan berprestij tersebut julung kali dianjurkan di Malaysia oleh International Cheer Union (ICU) dengan kerjasama Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM).

Pasukan sorak Malaysia pamer aksi bertenaga

Sementara itu, salah seorang peserta dari skuad negara, Eugene berkongsi momen-momen ketika memenangi pingat di kejohanan itu.

“Kami pasukan Malaysia, detik paling membanggakan ada di penghujung video,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video itu, mereka mempamerkan formasi yang luar biasa dan penuh bertenaga.

Tahniah buat skuad negara, moga terus bersinar.

Intipati
  • Malaysia meraih tiga emas, dua perak dan satu gangsa pada Kejohanan Sorak Asia 2026.
  • Kejohanan di Putrajaya pada 17 dan 18 Oktober disertai 15 negara.
  • Emas dimenangi menerusi Senior Coed Elite dan dua kategori Junior All Girls Advanced.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan