Bagi pekerja warga Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia, melihat kadar tukaran wang di kedai kiriman wang mungkin membawa berita gembira kebelakangan ini.
Ini susulan nilai Ringgit Malaysia yang semakin mengukuh, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka yang mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman.
Tanpa perlu bekerja lebih masa, nilai wang yang diterima keluarga di Indonesia kini boleh menjadi lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Tidak hairanlah, perkembangan ini membawa senyuman kepada mereka yang bekerja keras demi insan tersayang
Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam belanjawan 2027, gaji minumum bakal dinaikkan dari RM1,700 kepada RM2,000 pada Jun tahun depan.
Perkara ini merupakan satu lagi berita gembira buat pejuang ringgit dari Indonesia.
“Tahniah Malaysia” Gaji Naik
Menerusi perkongsian TikTok @Havilah Azaria Ardine menzahirkan ucapan tahniah kepada Malaysia dalam pelbagai kejayaan yang dikecapi.
Salah satunya, gaji minimun naik dari RM1,700 kepada RM2,000 bersamaan 8.7 juta rupiah sebulan.
“Walaupun saya seorang orang Indonesia yang bekerja di Malaysia, tetapi saya juga berasa bangga dan gembira dengan kejayaan Malaysia,” katanya.
Tambahnya, walaupun Malaysia-Indonesia sering bertikam lidah di media sosial, ibarat abang-adik. Namun dia mengakui jika salah satu berada dalam kesusahan, pasti bantuan akan dihulurkan secepat mungkin antara satu sama lain.
Ringgit Terkuat Asia, Pasport Malaysia Antara Paling Berkuasa
Selain itu, lelaki berkenaan turut memuji dengan kejayaan pasport Malaysia muncul sebagai pasport ke-2 paling berkuasa di dunia dan Ringgit Malaysia terkuat di Asia.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Indonesia sependapat dengannya meskipun berat menerima kenyataan mengenai kejayaan jiran.
