Siakap Keli
Gambar: iArmenia, SuperSport, Freepik

Arsenal Sahkan Mikhitaryan Terlepas Aksi Final Liga Europa Atas Faktor Keselamatan

Henrikh Mkhitaryan secara rasminya tidak akan terlibat dengan perlawanan akhir Liga Europa bagi membantu pasukannya dalam kempen menjuarai piala eropah yang bakal berlangsung di Baku, Azerbaijan 30 Mei ini.

Atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa melupakan hasratnya dalam membantu pasukannya itu menjuarai piala eropah kerana faktor ketegangan politik diantara negaranya iaitu Armenia dan Azerbaijan.

Disebabkan itu, pasukan Arsenal terpaksa ketepikan khidmat pemain kebangsaan Armenia itu untuk bertandang ke Baku dalam perlawanan akhir yang dijadualkan menentang Chelsea.

Pasukan Arsenal dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan menyatakan bahawa: “Kami dengan penuh berat hati mengumumkan bahawa Henrikh Mkhitaryan terpaksa diketepikan daripada skuad dalam kempen perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea.

“Kami telah cuba sedaya upaya kami dalam mencari jalan bagi membolehkan Micki turut serta menyertai skuad Arsenal ke Baku, akan tetapi selepas berbincang mengenai perkara ini bersama Micki serta keluarganya, kami terpaksa akur dan bersetuju akan keputusannya bahawa beliau terpaksa menarik diri daripada bertandang ke Baku bersama Arsenal atas dasar keselamatan.

“Kami telah rujuk pada UEFA tentang permasalahan ini. Micki merupakan salah seorang ayam tambatan dalam perjalanan pasukan kami menuju ke perlawanan akhir ini, ketiadaannya akan memberi impak yang besar kepada pasukan kami.

“Kami juga turut berasa kecewa kerana pemain kami terpaksa diketepikan dalam perlawanan yang penting sebegini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini juga merupakan suatu kes yang agak luar biasa dalam dunia bola sepak. Micki akan terus menjadi sebahagian daripada persediaan pasukan kami sehinggalah kami berlepas ke Baku pada hujung minggu ini.”

Bekas pemain Manchester United itu juga mengaku bahawa beliau berasa amat sedih kerana terpaksa melupakan hasratnya itu dalam membantu pasukannya menjuarai piala yang berprestij itu.

Beliau turut meluahkan kekecewaannya itu menerusi Tweet yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.

“Setelah semua cadangan serta jalan penyelesaian telah diambil kira, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk terpaksa ketepikan khidmat saya dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea.

“Ianya merupakan suatu perlawanan yang jarang dapat dirasai oleh kebanyakan pemain bola sepak, ianya betul-betul mengecewakan saya kerana tidak dapat beraksi dalam perlawanan yang sebegini. Saya akan terus memberikan sokongan kepada rakan sepasukan saya! Ayuh bawa balik piala itu ke Arsenal.”

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan UEFA: “Rujuk pada masalah yang dihadapi oleh kelab Arsenal, pihak UEFA telah cuba mencari penyelesaian dan telah menerima jaminan daripada pihak berkuasa tertinggi negara tersebut berkenaan dengan keselamatan pemain ini ketika di Azerbaijan.

“Hasil daripada jaminan yang ditawarkan tersebut, satu pelan keselamatan yang komprehensif telah dibentuk dan telah dilaporkan pada kelab. Walaupun kelab itu telah dimaklumkan berkenaan dengan usaha yang dilakukan oleh pihak UEFA bersama dengan kerajaan Azerbaijan mengenai perkara ini, kami menghormati akan keputusan peribadi yang diputuskan oleh pemain tersebut untuk tidak turut serta bersama pemain lain ke Azerbaijan.”

Sumber: The Guardian

Aqmal Ezany

I write what is right