Siakap Keli
Gmabar Hiasan

Bunuh Kawan Dan Rakam Dalam Snapchat, 4 Remaja Dihukum Penjara 67 Tahun

Sekumpulan remaja berkelakuan kejam terhadap Cemeren Yilmaz yang dibunuh serta merakam saat-saat kematiaannya menerusi aplikasi Snapchat. Perbuatan keji ini telah memebawa padah kepada 4 orang remaja apabila mereka dijatuhkan hukuman penjara selama 67 tahun.

Mereka adalah daripada ‘geng Black Tom’ yang disahkan oleh pihak mahkamah bahawa ini adalah kali pertama mereka dijatuhkan hukuman penjara. Hakim Simon Bray telah membuat keputusan yang luar biasa untuk memberi pengajaran kepada remaja yang lain.

Pembunuhan secara mengejut terhadap mangsa dengan menggunakan beberapa senjata ermasuklah tukul dan pisau. Rakaman kejadian yang tersebar di media sosial turut dimainkan semula sewaktu perbiacaraan berlangsung.

Mangsa meninggal dunia sewaktu perjalanan ke hospital akibat mengalami pendarahan yang serius. Mangsa dikatakan juga pernah menyertai kumpulan itu.

Sumber: Mirror

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang