Siakap Keli
Gambar Hiasan

Indonesia Hadkan Penggunaan Whatsapp, Instagram Dan Facebook Akibat Rusuhan Di Jakarta

Teknologi semakin berkembang dan tidak dapat dinafikan keberadaan internet semakin diperlukan dalam kehidupan harian. Tetapi lain pula di negara Indonesia, pemimpin menyeru untuk menghadkan penggunaan beberapa aplikasi sosial media.

Berikutan dengan kejadian rusuhan maut di negara tersebut, rakyat mengalami kesukaran untuk menggunakan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp yang merupakan medium utama untuk menghantar pesanan yang paling popular.

Pengguna Facebook juga dikatakan mengalami kesukaran menyiarkan apa-apa jenis kandungan untuk dimuatnaik di laman Facebook. Baru sebentar tadi, menggunakan hashtag #instagramdown tengah menjadi bualan di laman Twitter negara tersebut.

Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Wiranto mengesahkan dalam satu sidang akhbar bahawa kerajaan menghadkan akses penggunaan media sosial untuk mengekalkan suasana yang tenang akibat rusuhan tersebut.

Kerusuhan berlaku di Ibu Kota Jakarta malam tadi telah membunuh sekurang kurangnya enam orang dan lebih daripada 200 orang tercedera. Berikutan dengan itu, banyak maklumat palsu yang tersebar melalui 3 aplikasi media sosial berkenaan.

Sumber: Techcrunch

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang