Siakap Keli

Tular Video Lelaki Tembak Monyet, NGO Tawar Wang Tunai Jejak Suspek

Beberapa hari yang lepas telah tular satu video di mana seorang lelaki dilihat menembak seekor monyet yang dikurung didalam sangkar hanya kerana gagal menyebut perkataan ‘baby sayang’.

Video berkenaan menerima kecaman dan membuatkan orang ramai berasa sangat marah dengan perlakuan tidak berhati perut lelaki tersebut.

Rata-rata netizen mahukan lelaki itu ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang. Pihak polis juga dilaporkan telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan sedang berusaha mencari suspek.

Bagi membantu mempercepatkan proses menjejaki lelaki berkenaan, Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia menerusi akaun Facebook mereka telah menawarkan ganjaran wang tunai RM2,000 kepada pemberi maklumat yang membantu menangkap suspek.

Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM2000.00 tunai kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat siapakah pembunuh ini, dimanakah tempat tinggalnya, siapakah ibu bapanya dan maklumat lain hingga tertangkapnya pembunuh haiwan yang sadis ini.

Adakah benar perkara ini berlaku di Malaysia atau luar negara dan dialih bahasa menggunakan Bahasa Melayu?

Kredit: FB Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia

Bagaimanapun, timbul keraguan sama ada video tersebut benar-benar berlaku di negara ini atau ia merupakan video yang dialih suara ke Bahasa Melayu sahaja.

Di samping itu, beberapa pengguna Facebook lain juga dilihat menawarkan ganjaran wang tunai tambahan kepada mereka yang membantu dalam menangkap si pelaku.

Menurut pihak polis, sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Sumber: FB Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi