Siakap Keli

Tragedi Christchurch, Suspek Akhirnya Secara Rasmi Didakwa Melakukan Aktiviti Keganasan

Setelah dua bulan menjelang tragedi pembunuhan jemaah solat Jumaat di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, suspek akhirnya disabitkan dengan 51 tuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh dan satu dakwaan melakukan keganasan buat kali pertama, kata jurucakap polis New Zealand pada Selasa.

Berdasarkan laporan CNN, Brenton Tarrant, 28 yang sebelum ini menulis manifesto anti-imigran dan anti-Muslim turut menjadi penjenayah pertama yang dicaj di bawah Akta Penindasan Keganasan 2002 negara tersebut sejak akta tersebut digubal.

Profesor undang-undang di Universiti Otago New Zealand, Andrew Geddis berkata, caj keganasan yang dikenakan ke atas Tarrant tidak menambah hukuman kepadanya, tetapi bertindak sebagai label terhadap tindakan terorisme yang dilakukannya.

Akta yang digubal setelah serangan 9/11 itu turut dirujuk dalam serbuan pengganas Maori yang dikatakan merancang untuk meletupkan parlimen negara tersebut pada tahun 2007. Walaubagaimanapun, tiada seorang pun yang dicaj disebabkan tiada bukti mencukupi.

Tragedi 15 Mac di Masjid Linwood dan Masjid al-Noor merupakan kes tembakan paling dahsyat dalam sejarah jenayah moden New Zealand.

Sumber: CNN, The New York Times

Amira

Love yourself.