Siakap Keli

Tak Pernah Tahu, Ini Rupanya Alasan Kenapa Mesti Ada Cermin Dalam Lif

Setiap bangunan yang tinggi kebiasaannya akan dilengkapi dengan kemudahan lif. Lif berfungsi untuk membawa pengguna dari tingkat yang paling rendah sehinggalah tingkat paling tinggi.

Ramai tak perasan yang setiap lif ada sekarang ni mesti dilengkapi dengan cermin?

Ramai yang memanfaatkan cermin tersebut dengan andaian cermin yang dipasang di dalam lif adalah untuk mempamerkan fizikal mereka. Namun begitu, lif dibina bersama cermin mempunyai manfaat lain yang tidak kita sedari.

  1. ‘Mengabaikan’ kelajuan lif

Pergerakan lif yang perlahan sedikit sebanyak ‘menganggu’ emosi pengguna. Disebabkan itu, lif dibina bersama cermin supaya pengguna dapat melupakan pergerakan lif yang perlahan. Selain itu, cermin di dalam lif juga dapat mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh segelintir yang menganggap lif tersebut berisiko untuk terjatuh.

Gambar: RM

2. Mengatasi fobia ruangan kecil

Ruangan lif yang kecil sebenarnya boleh membuatkan sesetengah orang berasa cemas. Perkara ini kerana mereka memikirkan risiko terperangkap di ruangan yang kecil dan membataskan pergerakan mereka. Penyelesaiannya, lif dibina bersama cermin supaya gambaran ruangan lif akan kelihatan lebih besar daripada saiz yang sebenar.

3. Keselamatan

Disebabkan lif dibina dalam struktur yang tertutup, pengguna terutamanya perempuan dan kanak-kanak berisiko menjadi mangsa jenayah. Oleh itu, menerusi pembinaan cermin di dalam lif, pengguna dapat memerhati segala tindakan dan pergerakan yang dilakukan oleh pengguna yang lain. Cermin itu juga akan dapat membantu pengguna untuk lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Gambar: Earth Day

Sumber: Enintor Escensore

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa