Siakap Keli

(Video) Hujan Lebat Dan Angin Kencang, Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid

Ramadhan, bulan yang termulia yang di dalamnya diturunkan rahmat, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. Ia merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam untuk ‘bersujud’ kepada Pencipta dan mengejar ganjaran pahala yang berlipat kali ganda seperti yang dijanjikan-Nya.

Maka, selain dari melaksanakan rukun Islam ketiga itu, ramai yang memilih untuk mengoptimumkan amalan sunnah seperti bertadarus Al-Quran, bersedekah, beriktiqaf, berzikir dan berterawih untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Malah, ramai yang menggunakan peluang ini untuk berdoa dan bertaubat bersungguh-sungguh pengharapkan keampunan dari Yang Maha Esa.

Dua hari lalu tular sebuah video yang menunjukan rakaman jemaah yang bersolat di luar masjid. Lebih menyentuh hati apabila video itu memaparkan jemaah-jemaah itu bersolat dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang. Walaupun sebegitu, para jemaah dilihat terus tekun menunaikan ibadat tersebut.

Video terbabit sebenarnya dimuat naik oleh seorang  Pengetua di Kolej Islam Langford yang juga merupakan seorang Imam di Masjid Thornlie. Menurut beliau, suasana tersebut dirakam di sebuah masjid bernama Namangan yang terletak di Uzbekistan.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika masyarakat di sana melaksanakan ibadah terawih. Oleh sebab ‘tidak mampu’ menampung kapasiti jemaah yang terlalu ramai, ada di antara jemaah yang nekad untuk bersembahyang di luar masjid. Tidak menghiraukan keaadan cuaca, mereka tidak berganjak hatta seinci pun dari menunaikan amalan sunat tersebut. 

Sumber : Yahya Adel Ibrahim

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.