Siakap Keli

”Terima Kasih Rakyat Malaysia, Sampai Bertemu Lagi”- Ayah Ainul

Merujuk kepada sumber Bernama, Adik Ainul Mardhiah yang yang mengidap ‘Germ Cell Tumor’ akan berlepas ke London malam ini bagi menjalani pembedahan di sana. Persiapan rapi telah dilakukan pada petang tadi untuk penerbangan sebentar lagi.

Sebelum ini, kisah adik Ainul yang mempunyai ketumbuhan di mulut begitu meruntun hati rakyat Malaysia sehinggakan mereka berbesar hati untuk menyumbangkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang terpaksa menangung kos perubatan yang tinggi.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang doakan Ainul Mardhiah supaya kembali normal seperti bayi lain.” ujar ayahnya di laman Facebooknya.

Itulah luahan hati bapa bayi perempuan itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 sebelum berlepas bersama anaknya ke United Kingdom malam ini untuk rawatan anaknya yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’.

Harapan saya doa dari rakyat Malaysia mudah-mudahan Ainul kembali ke sini dalam keadaan normal dan sihat,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Menurut Ahmad Safiuddin menerusi Facebooknya, beliau begitu sibuk menguruskan urusan penting sebelum berlepas ke London pada malam ini. Lebih menyentuh hati, ramai orang yang tidak dikenali beliau mendoakan semua urusan dipermudahkan semasa merawat penyakit Adik Ainul.

Turut mengiringi adalah ibu bayi, Nurul Erwani Zaidi, 24, di mana kesemua mereka dijadualkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH002) ke London pada jam 11.30 malam ini.

Ainul Mardhiah kelihatan tenang dan nyenyak tidur dalam kereta sorong bayi yang ditolak bapanya. Terdahulu, lebih 50 anggota keluarga mengucapkan selamat jalan kepada pasangan itu di KLIA di sini.

Media sebelum ini melaporkan Dr Nur Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang