Siakap Keli
Gambar: Mirror

Penyelidik Dakwa Vape Boleh Merosakkan Paru-Paru Sama Seperti Rokok

Alat alternatif bagi menggantikan rokok iaitu rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape didapati boleh menjejaskan sel paru-paru sama seperti menghisap rokok, kata penyelidik dari Universiti Teknologi Sydney.

Sementara itu, vape juga dilihat mampu menjadi toksik kepada sel yang melindungi paru-paru anda. Sehubungan dengan itu, para penyelidik tidak mengesyorkan orang yang mahu berhenti merokok untuk beralih kepada vape kerana menurut mereka, vape juga bukanlah alternatif yang bagus.

Ini kerana, vape didapati boleh menjejaskan saluran udara dan ianya boleh dilihat pada orang yang menghidapi penyakit paru-paru emfisema, bronkitis dan kanser.

Para penyelidik tersebut telah melakukan beberapa ujian makmal tentang kesan vape dan rokok terhadap sel epitelium dan sel-sel tisu otot yang diambil dari saluran pernafasan manusia.

Dalam paru-paru yang sihat, sel epitelium bertindak sebagai pertahanan utama untuk menghalang zarah asing daripada memasuki saluran pernafasan sementara sel tisu otot akan mengekalkan strukturnya.

Gambar: American Heart Association

Kajian tersebut mendapati bahawa alat ini boleh merosakkan sel paru-paru yang melindungi saluran pernafasan dengan cara yang sama seperti asap rokok.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa vape boleh menyebabkan perubahan kepada struktur sel serta fungsinya, seterusnya akan mendorong kepada keradangan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right