Siakap Keli

Bukan Hanya Air Isotonik, Susu Low Fat MARIGOLD HL Mampu Juga Kembalikan Tenaga Selepas Lakukan Aktiviti Berat Seharian

Kemeriahan Ramadan yang disambut sejak minggu lepas masih lagi dirasai sehingga kini. Seperti kita sedia maklum, ketika di bulan Ramadan, umat Islam tidak dibenarkan untuk makan dan minum bermula daripada terbit fajar sehinggalah tenggelamnya matahari.

Justeru, bagi memastikan diri kekal bertenaga dan tubuh badan sentiasa kuat, faktor makanan yang diambil ketika bersahur amatlah penting, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam sektor yang banyak mengerah kudrat.

Mujurlah, anda tidak perlu terlalu runsing terutamanya buat suri rumah untuk membekalkan makanan berkhasiat buat anak-anak dan suami anda ketika Ramadan ini.

Untuk itu, anda perlu berterima kasih kepada MARIGOLD HL kerana mengeluarkan produk khas yang sesuai untuk seisi keluarga bersahur iaitu Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL.

Ada apa sebenarnya dengan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL?

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL merupakan varian terbaru yang berkhasiat menggabungkan susu dengan kurma yang kaya dengan vitamin dan zat mineral.

Ini disebabkan kurma dikelaskan sebagai superfood yang membekalkan banyak manfaat kesihatan disebabkan kandungan serat dan antioksidan yang tinggi. Malah, kurma juga dianggap sebagai pembekal tenaga dan zat besi yang sangat penting terutamanya untuk ibu-ibu mengandung.

Hal ini kerana pengambilan kurma terutama buat para ibu yang memilih untuk menyusukan bayi, boleh meningkatkan prolaktin, iaitu hormon yang membantu penghasilan susu.

Untuk pengetahuan anda semua, susu ini mempunyai pelbagai nutrisi yang amat diperlukan oleh badan untuk kekal bertenaga dan sihat sekali gus menjamin keselesaan untuk beribadah dengan sempurna ketika Ramadan.

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL mengandungi SEMBILAN jenis VITAMIN iaitu Vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3 dan Asid Folik. Kesemua nutrisi-nutrisi ini sangat penting dan diperlukan oleh badan anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Anda juga tidak perlu khuatir kerana Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini juga mempunyai kandungan laktosa yang rendah dan kalsium yang tinggi berbanding jenama susu lain yang boleh didapati di pasaran kerana dihasilkan daripada EKSTRAK KURMA SEBENAR TANPA GULA TAMBAHAN DAN JUGA PEWARNA SERTA PERISA MAKANAN TIRUAN.

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini juga merupakan satu diet seimbang untuk memastikan anda kekal cergas dengan aktiviti rutin termasuklah untuk berbuat kebaikan sempena bulan Ramadan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.

Selain enak diminum begitu sahaja ketika bersahur, Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL juga sesuai digunakan dalam resipi manisan pencuci mulut atau dituang ke atas bijirin serta membuat oat ketika sarapan pagi.

Sesungguhnya dengan adanya Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini, ia semestinya menjadi pelengkap kepada sahur anda setiap pagi dalam memastikan anda tidak keletihan ketika keluar bekerja seharian dan ibadah puasa anda juga tidak terganggu.

Kunci untuk anda beribadah dengan selesa ketika Ramadan turut bergantung kepada makanan yang anda ambil ketika bersahur dan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL adalah salah satu daripada kunci-kunci yang ada. Ingat sahur ingat Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL.

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL boleh didapati di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan kedai serbaneka pada harga antara RM6.49 dan RM 7.50 (1 Liter).

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL, anda boleh layari laman Facebook Marigold HL Kurma Milk. 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.