Siakap Keli

(Video) Netizen Terhibur, Penumpang Terkejut Atas Motor Muka ‘Sebiji’ Dengan ‘Rider’

Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Melalui posting di Twitter baru-baru ini, terdapat video yang memaparkan dua orang menaiki motorsikal mempunyai wajah yang sama.

Rakaman yang dimuat naik melalui akaun Twitter Askmf itu mendapat sambutan apabila mendapat kira-kira 18.3k ‘retweet’ dan 16.6k tanda suka. Video tersebut mula dirakamkan oleh seorang pelanggan yang menggunakan aplikasi perkhidmatan membawa penumpang. Perkara yang melucukan adalah lelaki yang menjalankan perkhidmatan tersebut mempunyai wajah yang mirip dengan lelaki yang menggunakan aplikasi tersebut.

Melalui video tersebut, mereka mentertawakan akan wajah mereka yang mirip dan momen itu sangat melucukan mereka dan juga rata-rata netizen. Namun, menjadi persoalan dalam kalangan netizen bahawa adakah mereka berdua merupakan pasangan kembar yang sebenar.

Walaupun belum mempunyai kepastian mengenai status kembar mereka berdua, rata-rata netizen tetap terhibur dengan video yang dirakam tersebut.

Kebanyakan netizen yang melihat video tersebut turut tertawa dan terhibur.

“Berkali-kali melihat, masih tertawa”

Sumber: Askmf

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa