Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kenderan Kelas 1 Bakal Nikmati Diskaun Tol Pada Hari Raya Pertama – Menteri Kerja Raya

Lagi beberapa hari sahaja lagi, jalan raya bakal dipenuhi ratusan ribu kenderaan untuk pulang berhari menyambut Aidilfitri. Ramai pemandu kenderaan akan memilih untuk menggunakan lebuh raya untuk memudahkan perjalanan. Dan menurut PLUS, dua juta kenderaan akan ‘membanjiri’ Lebuh Raya Utara Selatan menjelang Aidilfitri.

Saban Tahun, pastinya mengumuman diskaun untuk tol adalah perkara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pengguna jalan raya. Oleh itu, sebentar tadi, Menteri Kerja Raya telah menyatakan bahawa diskaun antara 10 hingga 33 peratus akan diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 iaitu 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi.

Penguatkuasaan itu akan berlaku pada hari raya pertama di 23 lebuh raya seluruh Malaysia.

Sumber : Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.