Siakap Keli

Lelaki Didenda RM900 Selepas ‘Tembak’ Dua Gelang Getah Dan Mendarat Di Jalan Raya

Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak S$300 atau RM900 kerana telah menembak dua gelang getah dan mendarat di jalan raya, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada hari Isnin (27 Mei)

Gambar tiket yang didenda oleh NEA itu kemudianya telah dikongsi di laman sosial dan menerima pelbagai komen dari pengguna media sosial yang lain.

“Para pegawai penguatkuasa NEA memerhatikan seorang lelaki yang berjalan ke arah kenderaanya sambil menembak dua gelang getah, satu demi satu ke udara” kata agensi itu.

“Jalur getah itu kemudianya jatuh ke permukaan jalan raya. Pegawai kami kemudian ke tempat lelaki itu dan memaklumkan kepadanya tentang kesalahan membuang sampah merata-rata yang dilakukan oleh pesalah sebelum mengeluarkan tiket penguatkuasaan”

Dalam kejadian lain, dua lelaki didenda pada 16 Mei kerana telah meninggalkan bekas minuman mereka di kotak kayu di luar unit di stesen MRT Woodlands, menurut NEA.

NEA berkata, “kami mengingatkan orang ramai bahawa sampah membawa akibat yang buruk kepada alam sekitar. Tanggungjawab kita adalah menjaga alam sekitar bersama supaya bersih”

Sumber: CNA 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia