Siakap Keli

Disneyland Cari Pelakon Watak Stormtroopers Filem Star Wars Terbaru

Jika anda mempunyai cita-cita untuk mempertahankan Side Dark di dunia galaksi, Mungkin Disneyland dapat memberi kerja yang paling sempurna untuk anda.

Menjelang pembukaan rasmi filem terbaru Star Wars ‘Star Wars: Galaxy’s Edge’, Disneyland bakal mengadakan satu ujibakat terbuka pada hari Jumaat ini untuk mencari dua pelakon memegang watak Stormtroopers dalam filem tersebut.

Pinterest

Difahamkan, Disneyland kini sedang mencari seseorang yang berupaya menghiburkan penonton sekaligus membawa beberapa watak menarik dalam filem Saga Star Wars.

Pelakon tersebut juga hendaklah mempunyai ketinggian 5’10” dan 6 kaki tinggi. Ujibakat tersebut bakal dibuat di Onstage Dance Center di Downey.

Pinterest

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ujibakat tersebut anda juga boleh melayari laman web Disney di disneycareers.com.

Sumber: ABC

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"