Siakap Keli
Foto: FB Fadzry Shah

(Gambar)Kereta Remuk Tersadai Di Kiri Kanan Jalan, Kemalangan Ngeri 12 Kenderaan Di Nilai

Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori kontena, sebuah motorsikal dan 10 buah kereta telah terjadi di Kilometer 6.6, Jalan Batang Benar, Nilai petang tadi.

Sejurus mendapat laporan mengenai kejadian itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan telah menghantar 12 anggota mereka berserta dua jentera ke lokasi kejadian.

Foto: FB Fadzry Shah
Foto: FB Fadzry Shah

Menurut pengguna media sosial, kemalangan berkenaan berpunca daripada lori kontena yang tiba-tiba memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh 11 kenderaan lain.

Katanya lagi, setakat ini tiada sebarang mangsa yang terkorban dilaporkan namun dua individu terlibat didakwa cedera parah manakala beberapa orang mangsa lagi mengalami kecederaan ringan.

Berbalik kepada kenderaan terlibat, beberapa buah kereta juga dilaporkan telah terbakar akibat daripada pelanggaran berkenaan.

‎Fadzry Shah‎
‎Fadzry Shah‎

Sumber: FB Adinda Qilla via Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi