Siakap Keli
Gambar Instagram Norman Hakim

“Ini Adalah Anugerah Terbesar Untuk Saya”, Norman Hakim Terharu, Anak Jadi Imam Solat Tarawih

Tular video anak lelaki kepada pelakon terkenal Norman Hakim diberi kepercayaaan untuk mengimamkan solat Sunat Tarawih buat pertama kalinya. Danish Hakim yang berusia 16 tahun itu diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi, Kuala Lumpur.

Menurut Norman dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, dia sangat berbangga dengan pencapaian anaknya dan ia merupakan satu kurniaan yang cukup besar dalam hidupnya. Menerusi entri tersebut, dia memuatnaik video dan foto bersama jemaah yang lain.

Lebih membuatkan Norman terasa terharu adalah dia sendiri menjadi makmum dalam saf jemaah Tarawih berimamkan puteranya itu.

Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih
Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP

Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh

Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu🤪)

Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam

Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu❤️

Rata-rata pengikutnya terharu dan mengakui mengalir air mata saat mendapat tahu perkara tersebut dan berbangga dengan didikan yang diberikan oleh Norman serta bekas isterinya Abby Abadi.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi selepas pulang dari pengajian tahfiznya di Turki.

View this post on Instagram

Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih . . Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP . . Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh . . Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu🤪) . . Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam . . Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu❤️ . . Salam Lailatul Qadar☝🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

 

 

 

Sumber: Norman Hakim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang